Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESIAN LA DIA

Kena hormat Muhyiddin walau bukan lagi TPM

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Biarpun Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan lagi timbalan perdana menteri, setiap ahli Umno perlu menghormatinya kerana beliau masih Timbalan Presiden Umno, demikian kata Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique.

Menurut Zainal Abidin, apa yang berlaku kini adalah ujian terhadap Umno, di mana ia bukanlah perkara asing dalam kepimpinan negara.


Menurutnya, ikrar Muhyiddin untuk terus setia bersama parti menunjukkan beliau memahami sejarah parti dan perkara itu seharusnya diterima oleh ahli.


“Pada 1986, Tun Musa Hitam telah melepaskan jawatan sebagai timbalan perdana menteri kerana tidak sependapat dengan perdana menteri ketika itu, namun beliau terus memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno sehingga 1987.


“Pemimpin datang dan pergi, tetapi yang penting adalah perjuangan parti sentiasa relevan dan keutamaan parti perlu jadi kepentingan semua ahli,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bukit Bintang, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.


Dalam pada itu, beliau berkata, dalam berdepan isu-isu melanda negara, ahli diingatkan agar menghentikan sikap negatif terhadap parti serta jangan mudah melatah.


“Serangan yang berlaku hari ini bukan hanya dari pembangkang tetapi dari ahli parti sendiri. Ada ahli yang lantang mengkritik tanpa menyedari ianya melemahkan parti dan mengiakan pembangkang,” katanya.


Sementara itu, bertemakan ‘Taat Setia’, persidangan berkenaan dimulakan dengan tayangan animasi berkisar tentang perjuangan Leftenan Adnan dan Rejimen Askar Melayu menentang askar Jepun.


Zainal Abidin juga mengingatkan ahli agar mengambil iktibar sejarah Leftenan Adnan, beliau tidak mahu Umno menerima nasib sama.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.