Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KES SAMAN KHALID


Anwar saksi kes saman Khalid

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dipanggil sebagai saksi untuk kes saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
 
Menurut satu kenyataan, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pihak peguam sedang menguruskan permohonan kehadiran Anwar ke mahkamah, Jumaat ini.
 
“Kes saman Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap PKR dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Kes ini dibawa oleh Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung kenyataan PKR yang pada pandangan beliau memfitnah beliau.
 
“Perbicaraan pada hari ini ditangguhkan sehingga hari Jumaat bagi membolehkan pihak defendan (PKR dan Saifuddin Nasution) mendapatkan perintah sapina bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sebagai saksi bagi pihak defendan. 
 
"Pihak peguam defendan sedang menguruskan permohonan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim hari Jumaat ini,” katanya.
 
Katanya, pihaknya juga akan memanggil beberapa pimpinan pembangkang yang lain untuk menjadi saksi.
 
“Selain Anwar, pihak defendan juga bercadang untuk memanggil pimpinan lain termasuk Lim Kit Siang, Khalid Samad, Mohamad Sabu dan tokoh lain untuk menjadi saksi bagi pihak defendan.
 
“Perbicaraan dijadualkan bersambung pada hari Jumaat 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya.
 
Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.
 
Pada 21 September 2014 lalu, Abdul Khalid disingkirkan selepas melalui kemelut politik berpanjangan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.