Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS MEMANG TAK BOLEH HALANG ! SILA,SILA

MAKA BERBANGGALAH HARAPAN BAHARU APABILA ADA AHLI PAS YANG KELUAR PARTI DAN MENYERTAI HARAPAN BAHARU, YANG  SURUH KELUARPUN GOLONGAN PAS YANG KECIWA JUGA, APA ADA HAL ? TAK DE HAL PUNYAAA ! SILA, SILA , BUKAN SETAKAT YANG TELAH DI ISTIHARKAN KELUAR SAHAJA YANG DAPAT LIPUTAN MORAL YANG GAH, MALAH AWAL SEPTEMBER PAS AKAN BUANG LAGI RAMAI ! TUNGGU BERITANYA - Pak Karamu                                                                                                                                                               
 
Pas tak pernah halang ahli keluar parti




Mohd Khairuddin Othman


SHAH ALAM - Pas Selangor tidak menghalang ahlinya meninggalkan parti namun diingatkan agar tidak berselindung.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Khairuddin Othman menyelar sikap ahli Pas yang masih berada dalam parti dan memegang jawatan namun tidak melaksanakan arahan Pas.


"Pas Selangor tak halang ahli nak tinggalkan parti cuma jangan berselindung. Jika nak tinggalkan Pas, pergilah.. kalau nak bersama teruslah kekal.


"Kita tidak akan berkompromi dengan sikap dan amalan ahli seperti ini," katanya ketika ditemui di Lobi Dewan Annexe, di sini, hari ini.


Adun Paya Jaras itu turut mengkritik kenyataan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib yang tidak akan melepaskan jawatannya sebaliknya menunggu keahliannya gugur  secara automatik apabila menyertai Harapan Baru secara rasmi.


"Kalau dia (Saari) tunggu digugur secara automatik tunggulah.Tetapi secara perlembagaan parti menyebut sekiranya menyertai atau mengisytihar menyertai parti lain tidak kiralah sama ada parti itu wujud atau tidak keahlian akan terhenti dengan sendirinya.


"Kalau ia (Harapan Baru) bukan parti politik kenapa cerita mengenai Pakatan 2.0? Adakah NGO sertai Pakatan 2.0? Tidak..Pada masa sama juga mereka sebut akan cabar kerusi Pas dalam pilihan raya," katanya.


Terdahulu, Saari menegaskan tidak akan meletakkan jawatan awal dalam Pas walaupun bersedia  dan memilih untuk menunggu kemunculan parti baharu.


Khairuddin menolak spekulasi Pas berpecah sebaliknya hanya sebahagian kecil meninggalkan parti dan memilih untuk bersama parti baharu sahaja.


Beliau turut menegaskan buat masa ini hanya Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Morib, Hasnul Baharuddin sahaja meninggalkan Pas manakala 13 Adun Pas lain akan terus kekal setia dengan perjuangan Pas.

5 orang berkata:

Anonymous said...

mereka dh jadi murtad ke ape sekarang sebab dh keluar pas?
hehehe

Monkey Shooter said...

Nanti tinggal 3 orang sahaja yang Islang, Presideng Adi Awe, Ding Ayang Menantu Adi dan Pak Karamu (Umarak Nasi Dagang), yang lain jatuh kafir belaka sebab keluar PAS.

Anonymous said...

Gembira......gembira...
Lagi banyak keluat, lagi bersih la turr
KLu tinggal 2 orang maknanya paling bersih

Anonymous said...

Gila babi betul la walaon2 pas nih

Anonymous said...

Ha ha ha ...... kami dipecat oleh PAS ..... ada kami kesah ! .... sepatutnya PAS yang bimbang , kalau GHB tak dok pon , kami gi parti lain ...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.