Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHNIAH, SEPATUTNYA DAH LAMA BUAT BEGITU, RAMAI DAH TAK SUKA

Pimpinan Pas Kota Raja pula letak jawatan
 
Pimpinan Pas Kota Raja pula letak jawatan
Ahli Parlimen Kota Raja,Dr Siti Mariah Mahmud mengumumkan perletakan jawatannya daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) secara rasmi di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Raja,Klang. - Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI
 
KLANG - Ahli Parlimen Kota Raja yang juga Naib Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud antara 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Kota Raja yang mengumumkan peletakan jawatan secara rasmi dan menyertai gerakan Harapan Baharu (Harapan Baru) dalam satu Sidang Media di Pejabatnya, di Taman Sentosa, Kota Raja di sini hari ini.
 
Selain Siti Mariah, YDP Pas Kawasan Kota Raja, Jaafar Shamsuddin dan Timbalan YDP, NorHalim Sirome turut meletak jawatan.
 
Jaafar berkata, peletakan jawatan itu turut melibatkan sembilan Ketua Pas Cawangan daripada 38 Cawangan Pas beserta AJK Cawangan di kawasan Kota Raja.
 
Menurutnya lagi, kesemua 22 ketua cawangan dan AJK cawangan dalam Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) turut mengambil langkah yang sama.
 
"Mengambil kira jumlah AJK Pas kawasan, AJK cawangan, DHPP serta sub komiti ia melibatkan kira-kira 183 orang menyertai Harapan Baru pada kali ini.
 
"Kami memilih Harapan Baru sebagai langkah untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan bagi seluruh rakyat di kawasan ini.
 
"Kami menyahut saranan atau arahan pimpinan agar semua ahli yang hendak bergerak atas wadah baru perlu meletak jawatan," katanya.
 
Menurutnya, dengan penuh rasa tanggungjawab pihaknya dan kesemua terlibat merasakan peletakan jawatan ini bagi memudahkan AJK yang masih bersama Pas dapat menjalankan tugas atau aktiviti di sini.
 
"Kami ingin pastikan bahawa kehadiran Harapan Baru Kota Raja adalah bagi meneruskan perhubungan bersama rakan-rakan PKR-DAP dan semua kaum sesuai dengan kehendak Islam.
 
"Kami tak bermusuh dengan Pas malah mereka adalah sahabat dan kami sentiasa buka ruang persahabatan untuk merapatkan ukhwah," katanya.

3 orang berkata:

Unknown said...

Bagus siti mariah.org macam tu la kalau dah rasa tak boleh nak berkhidmat utk parti dan penyokong.rasa tak salah kot kalau dikatakan org macam ni pengkhianat parti dan penyokong.

Anonymous said...

Lantak gi dia nak kuar... Sikit tidak menjejaskan PAS. Bah menguntungkan PAS kerana pemimpin seperti ini telah keluar dari Parti. Nanti Pru 14 agak agak dia dapat pencalonan lagikah dari GHP tau PARTIA Amanah yang tidak amanah kepada penyokong yang mengundi akan dia hari ini?????

Anonymous said...

Anak tok mud pokok sena...elok le belah awai2 lg... pembersihan yg nyata dlm Jemaah...hang akan terima bahana atas penipuan hang pd pengundi PAS... sanggup pi jadi barua cina dap... ya tak murtad tapi haram jadah....parti amanah tapi... penipu pengundi kota raja...aku tidak menghalalkan wang kutipan gerombolan hang dari aku masa pru kota raja

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.