Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALIH ISU

Tindakan Najib puji baju merah muslihat alih isu




Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim


SHAH ALAM – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memuji himpunan Rakyat Bersatu atau himpunan baju merah yang dianjur baru-baru ini dilihat sebagai muslihat untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar yang dikaitkan dengan pemimpin negara itu.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan yang dibuat Najib hanyalah taktik menukar padang dan mengalihkan perbualan rakyat secara tidak langsung agar rakyat terus terjerumus dalam kancah perdebatan perkauman yang tidak kesudahan.


“Mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus memuji perhimpunan baju merah yang berkiblatkan bangsa anjuran Umno pada 16 September yang lalu?” soalnya seperti yang dipetik menerusi sebuah kenyataan, hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tak berkompromi dalam perihal keselamatan ]
Menurutnya, selaku perdana menteri dan Menteri Kewangan, Najib sepatutnya memberikan respons kepada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Wall Street Journal (WSJ) sehingga hari ini.


“Antara dakwaan WSJ termasuk duit 1MDB (badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad) telah dimasukkan ke dalam akaun persendirian Najib, kehilangan dua jumlah duit sebanyak AS$ 1.4bilion (RM5.92bilion) dan AS$993 juta  (RM4.1bilion) di dalam transaksi pelaburan 1MDB dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC) yang tidak pernah dijawab atau diulas Najib.


“… Yang ada hanya suara 1MDB memperlekehkan laporan tanpa menjawabnya secara telus dan terus,” katanya lagi.


Beliau turut menasihatkan pengamal media supaya mengurangkan laporan dan liputan terhadap kenyataan yang diberikan pemimpin Umno terhadap himpunan tersebut.


“Semua ini adalah taktik supaya rakyat berhenti berbicara mengenai 1MDB mahupun derma RM2.6 bilion. Seeloknya rakyat terus diumpan kenyataan-kenyataan kontroversi bertali arus daripada para pemimpin Umno untuk berdebat mengenai permainan perkauman di perhimpunan baju merah.


“Media dinasihatkan juga jangan terperangkap dalam helah ini, Sebaliknya, teruslah fokus pada isu yang melibatkan masalah rakyat,” katanya lagi.

1 orang berkata:

Unknown said...

Takkan tak kenal najib pemimpin no. 1 umno kot.pakar putar.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.