Imam ditampar solat Jumaat Masjid Negara terganggu
Lelaki berkenaan yang ditangkap oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.
SHAH ALAM -[VIDEO] [DIKEMASKINI] Solat
Jumaat di Masjid Negara hari ini kecoh apabila imam ditampar dan
dirampas mikrofon oleh seorang lelaki warga asing di sini hari ini.
Menurut laporan MalaysiaGazette, berdasarkan beberapa media sosial, lelaki seperti dari timur tengah itu kemudiannya ditangkap oleh orang ramai sebelum ditahan polis.
Ia merupakan kejadian pertama seorang imam di Masjid Negara dikasari oleh makmum yang hadir.
Menurut sumber, kejadian berlaku semasa rakaat kedua.
Rakaman video orang ramai kemudiannya memaparkan lelaki itu ditahan dan dipukul oleh beberapa orang ramai di tempat kejadian.
Motif kejadian sama ada lelaki tersebut kurang siuman atau ada kaitan ajaran sesat masih belum dapat dipastikan.
Tiada kecederaan serius dilaporkan dan imam tersebut kembali mengimamkan solat Jumaat yang tergendala.


0 orang berkata:
Post a Comment