PR2.0: Biar kami bincang dulu
Guan
Eng (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Mokhtar
(dua kanan) dan Muhamed Ali (dua kiri) di PSDC hari ini.
GEORGETOWN - DAP akan berbincang dengan Parti Amanah Negara dan PKR
berhubung penglibatan Pas dalam Pakatan 2.0 yang akan ditubuhkan kelak.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang enggan mengulas lanjut meminta
masa untuk pihaknya berbincang terlebih dahulu sebelum mengumumkannya
kepada media.
“Saya rasa biar kami bincang dulu, saya tidak mahu buat dasar melalui media. Saya tidak mahu terperangkap dengan polemik ini.
"DAP akan berbincang dengan Parti Pekerja dan PKR dahulu,” katanya
kepada media di majlis menandatangani program latihan vokasional
berkembar Jerman semalam.
Kerajaan Pulau Pinang diwakili Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait dan Ketua Pegawai Eksekutif
Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), Muhamed Ali Hajah Mydin bagi pihak syarikat Jerman.
Melalui program itu, 22 pelajar akan mengikuti program latihan selama 40 bulan.
Terdahulu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri berkata, DAP tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini.
Menurutnya, tiada jalan atau peluang untuk kedua-dua parti itu untuk berbaik semula.
Kenyataan Guan Eng itu bercanggah dengan hasrat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengan parti Islam itu dalam gabungan PR 2.0.
Guan Eng berkata, persoalan sama ada DAP akan bersetuju dengan hasrat PKR tidak perlu diperkatakan lagi kerana Pas sudah menyatakan hasratnya untuk melawan DAP dalam PRU14.

0 orang berkata:
Post a Comment