Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PROVOKASI

Gesa hentikan provokasi perkauman
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
MUAR - Bibit perkauman yang sudah mula ditunjukkan di negara ini perlu dihentikan segera bagi mengelakkan menjadi barah yang akan merosakkan keharmonian negara.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah negara yang sudah lama merdeka, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia dimiliki oleh semua kaum sebagai rakyat di negara ini.

“Ia tidak boleh dipandang ringan dan jika berlarutan akan menerbitkan sifat perkauman yang menebal yang menyebabkan mereka saling mencurigai antara satu sama lain.

“Lebih memburukkan keadaan, kerana sentimen ini dibangkitkan oleh pemimpin politik yang mahu berlagak seperti hero yang mempunyai agenda tersembunyi, sedangkan tindakan itu telah membuatkan rakyat berasa takut serta tidak selamat berada dalam negara sendiri,” katanya ketika berucap pada program Membara Jasamu Dikenang, Umno Bahagian Pagoh 2015, di Dewan Geliga Gersik, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pemimpin politik dan kerajaan bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu perpaduan serta isu-isu lain yang membelenggu negara ini dengan segera supaya tidak lagi menjadi topik persoalan rakyat.

Sementara itu, dalam ucapannya ketika program Bersama Masyarakat Tionghua Parlimen Pagoh di Dewan Tokong Poh Ling Dian dekat Pagoh, beliau berkata, ramai masyarakat terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India menyukai pemimpin yang bercakap benar.

“Respons ini diterima daripada mereka yang rata-ratanya memuji keberanian  saya membangkitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa menjadi timbalan perdana menteri.

“Sudah menjadi prinsip saya untuk bercakap benar tentang perkara yang membabitkan kepentingan negara dan rakyat. Ini adalah tanggungjawab pemimpin untuk bercakap benar dan tidak melakukan pecah amanah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pemimpin MCA dan Gerakan supaya lebih berani bersuara kepada pucuk kepimpinan tentang apa yang disukai atau tidak oleh rakyat.

Menurutnya, sebagai  sebuah negara demokrasi tidak ada halangan kepada rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan.

Katanya, usaha untuk menyelesaikan masalah perlu dilakukan dan tidak berserah kepada doa semata-mata.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.