Khalid Ibrahim dipelawa sertai Pas
Khalid Ibrahim
DUNGUN - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
yang telah dipecat daripada PKR, telah dipelawa oleh Pas untuk menyertai
parti itu.
Bagaimanapun, katanya beliau belum menimbangkan tawaran itu kerana masih ada perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Beliau berpendapat berlaku ketidakadilan berhubung pemecatannya daripada PKR.
Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor seperti diputuskan oleh parti.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 anjuran Pas Terengganu di Pulau Serai dekat sini malam tadi. Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment