Krisis Kedah: BN berisiko hilang pengundi muda
SHAH ALAM – Penganalisis politik menjangkakan Umno-BN bakal kehilangan
sokongan pengundi muda dalam PRU14 di Kedah susulan krisis melibatkan
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sedang berlaku.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, situasi yang melanda Umno Kedah
hari ini membuatkan orang muda di negeri itu tersinggung.
“Saya rasa memang ada kemungkinan besar berlaku keadaan itu (hilang
sokongan pengundi muda). Sebelum ini pun kita lihat sambutan terhadap
Mukhriz ketika hadir ke stadium berjumpa ramai orang muda dan kita tahu
dulu masa PRU13, apabila dia umum sebagai menteri besar, ada berlaku
‘swing’ yang agak besar dalam kalangan pengundi muda yang menyokong BN
ketika itu.
“Kalau lihat dalam konteks itu, secara umumnya kita tahu keadaan yang
berlaku sekarang ini akan menyebabkan sokongan orang muda akan beralih
sedikit. Jika beliau dipecat, sokongan itu akan
beralih tapi kita tidak
pasti sama ada mereka ini (pengundi muda) menyokong pembangkang ataupun
membuat undi protes ataupun tidak keluar mengundi pada PRU14,” katanya
kepada Sinar Online.
Baru-baru ini, 14 daripada 15 Ketua Umno Bahagian Kedah yang diketuai
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merayu
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membuat perubahan
segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri
Besar Kedah dan mendakwa telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan
Mukhriz.
Mohd Azizuddin turut mengakui di Kedah tiada pemimpin yang dapat
menandingi ketokohan yang ada pada anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad itu, buat masa ini.
“Mukhriz pun kita tahu bukan sepenuhnya pengaruh dia yang mendapat
sokongan...pengaruh bapanya juga mainkan peranan yang kuat. Jadi, kalau
pemimpin yang lain nak naik, mungkin mengambil masa juga untuk mencapai
tahap (Mukhriz) tapi boleh.
“Sebab pemimpin muda selalunya...dalam kajian sebelum ini,
kecenderungan pengundi muda akan menyokong calon muda, jadi, kalau letak
contohnya pengganti kepada Mukhriz, seorang yang muda juga, ada potensi
untuk dia menjadi ikon juga kepada Kedah. Tapi kalau letak pemimpin
yang senior, agak susahlah,” katanya.
Menurutnya lagi, pemimpin lain perlu mencari mekanisme yang unik untuk
menarik golongan muda selain meneruskan pendekatan yang diamalkan
Mukhriz selama ini.
“Mukhriz tidak menonjolkan diri, dalam berpakaian pun biasa sahaja,
pergi pasar malam, masuk dalam masyarakat untuk jumpa orang, media
sosial juga digunakan, tapi pendekatan dia lebih banyak
bersemuka...jumpa orang di bawah.
“Jadi, rakyat ini mahukan perhatian. Jika ada pemimpin bagi perhatian,
mereka sukalah. Jadi, itu kelebihan yang ada pada Mukhriz. Orang lain
kena buat begitu jugalah, mungkin ada cara yang lebih menarik untuk
menarik orang di peringkat bawah. Mereka kena fikir mekanisme untuk
tarik orang muda dan saya rasa orang muda akan tertarik jika kena
caranya,” katanya.
Turut senada dengannya, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti
Malaysia Sarawak (Unimas),Prof Madya Dr Jeniri Amir yang melihat bukan
sahaja orang muda, malah perkembangan di Kedah ini juga tidak disenangi
rakyat pelbagai peringkat usia.
“Yang pasti bukan sahaja pengundi muda yang tidak senang hati dengan
segala perkembangan dan krisis yang berlaku di Kedah ini kerana mereka
rasa apa yang berlaku sekarang tidak sepatutnya berlaku. Mukhriz ini
seorang pemimpin yang bukan sahaja popular dalam kalangan golongan
berumur tapi juga dalam golongan muda.
“Sedikit sebanyak apa yang menimpa Mukhriz ini akan memberi kesan
terhadap bagaimana pola pengundian dan sokongan pengundi muda kerana
Mukhriz ini dianggap sebagai pemimpin muda yang dinamik, faham aspirasi
golongan muda dan dapat diyakini boleh membawa aspirasi mereka,”
katanya.
Oleh itu katanya, jika segala krisis yang berlaku ini tidak ditangani
dengan berkesan, ia pasti akan memberi impak kepada PRU14.
“Jika krisis ini berlarutan dan sekiranya Mukhriz digugurkan sebagai
menteri besar, golongan muda mungkin akan beralih angin. Harus diingat
kemenangan BN di Kedah sebelum ini, sebahagiannya adalah disebabkan oleh
faktor Mukhriz.
“Mukhriz ketika itu berada di taraf populariti yang begitu tinggi
disebabkan oleh pembawaan beliau itu sendiri dan juga pembaharuan yang
cuba dibawa oleh beliau. Itu yang menyebabkan BN berjaya menumbangkan
Pas. jadi, sebahagian sokongan itu dari orang muda,” katanya.
3 orang berkata:
Nak tau pengundi kedah terutamanya golongan muda bisa ka tak buat pilihanraya dulu.tak guna dok komen yg hanya berjaya atas kertas dan sedap di telinga.
ninest123 16.02
louis vuitton, louis vuitton, longchamp outlet, ray ban sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, michael kors, nike free, longchamp outlet, louboutin, ugg boots, burberry, prada outlet, tiffany jewelry, oakley sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, uggs on sale, burberry outlet online, tory burch outlet, prada handbags, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, ugg boots, ugg boots, nike outlet, louboutin outlet, michael kors outlet, louis vuitton outlet, chanel handbags, jordan shoes, ugg boots, christian louboutin outlet, longchamp, replica watches, ray ban sunglasses, cheap oakley sunglasses, tiffany and co, nike air max, oakley sunglasses, louis vuitton, replica watches, louis vuitton outlet, polo ralph lauren outlet, ray ban sunglasses, louboutin shoes, oakley sunglasses, nike air max, gucci outlet
lululemon, vans pas cher, hollister, nike roshe, michael kors, michael kors, north face, hollister pas cher, oakley pas cher, true religion jeans, new balance pas cher, north face, coach purses, vanessa bruno, nike trainers, nike free, true religion outlet, burberry, nike air max, ralph lauren pas cher, hogan, ray ban pas cher, louboutin pas cher, nike air max, air max, air jordan pas cher, replica handbags, hermes, abercrombie and fitch, michael kors, nike free run uk, longchamp, true religion jeans, nike blazer, nike huarache, coach outlet, sac guess, converse pas cher, tn pas cher, mulberry, michael kors, nike roshe run, timberland, ray ban uk, ralph lauren uk, true religion jeans, longchamp pas cher, lacoste pas cher, sac longchamp, nike air max, air force
Post a Comment