Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUNYI OMBAK YANG MENAKUTKAN

Ombak besar: Empat keluarga kena pindah
ombak
Gambar hiasan
 
KUALA NERUS - Seramai 29 orang daripada empat keluarga di Kampung Tengah dekat Mengabang Telipot di Batu Rakit di sini, terpaksa berpindah ke rumah saudara mara setelah rumah mereka rosak dipukul ombak susulan fenomena ombak besar yang melanda perairan Terengganu ketika ini. 
 
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Leftenan Muda (PA) Ahmad Kamal Hakim berkata ombak setinggi 4.5 meter dengan kelajuan angin 60km/jam menyebabkan rumah di tepi pantai berisiko rosak teruk akibat fenomena itu.

"Setakat ini, tiga rumah rosak teruk akibat fenomena itu dan JPAM telah menempatkan seorang pegawai dan enam anggota jabatan untuk memantau kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai ketika ini dan patuhi arahan pasukan keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Lokasi yang terjejas itu terletak kira-kira 200 meter dari kawasan yang terhakis dipukul ombak akhir bulan lepas. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.