Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM SUDAH TIDAK LAYAK BERADA DIDALAM PAS

Isu Husam: Selalunya berakhir dengan tindakan disiplin
0
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr Kamarul Zaman Yusoff
 
KOTA BHARU – Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa membuat gesaan supaya dua pemimpin tertinggi parti berundur baru-baru ini seolah-olah menggambarkan karier politiknya kini bagaikan ‘telur di hujung tanduk’. 
 
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini kerana, apabila tindakan (gesaan) tersebut dibuat oleh pemimpin yang sama dalam parti, ia membayangkan saluran komunikasi dalaman antara mereka sudah tidak diyakini atau sudah tertutup.

“Gesaan menyuruh berundur ini biasanya dilakukan mereka yang bersikap berlawanan dengan parti, bukan yang menyokong agenda parti. Apabila ia dibuat secara terbuka oleh sesama pemimpin parti di hadapan pemimpin dan penyokong parti lawan, ia membuktikan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

“Dan berdasarkan pengalaman lepas, keadaan tegang ini selalunya akan berakhir dengan pihak yang mengkritik keluar dari parti ataupun diambil tindakan disiplin oleh parti sehingga dipecat dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau diminta mengulas tindakan Bekas Naib Presiden Pas itu yang mahu dua individu penting dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bertanggungjawab kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke parlimen.

Mereka yang terdiri daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan juga didakwa perlu melepaskan jawatan masing-masing sekiranya gagal memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurutnya, dalam keadaan di mana Husam terikat dengan baiah talak tiga jika keluar dari Pas, beliau sebenarnya boleh diambil tindakan disiplin oleh Pas atas kenyataan dan tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti.

Dr Kamarul yang juga penganalisis politik turut memberitahu, Pas boleh membiarkan Husam berbuat apa sahaja tanpa memberikan reaksi dan layanan sehingga beliau kepenatan sendiri, namun ia boleh menjejaskan kredibiliti Pas di mata rakyat umum.

“Apatah lagi apabila Husam adalah bekas Naib Presiden Pas dan bekas Exco Kerajaan Kelantan yang dilihat masih mempunyai kewibawaan dan pengikut beliau sendiri.

“Pas sepatutnya membebaskan Husam kerana kewujudan beliau di dalam Pas pun sudah dilihat lebih mendatangkan mudarat daripada memberikan manfaat kepada Pas. Bila beliau berada di luar Pas, kritikan beliau kepada Pas akan berkurang biasanya, malah beliau juga tiada alasan lagi untuk campur sangat hal ehwal dalaman parti Islam itu berbanding sekarang,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.