Laporan akhir audit 1MDB tetap dibentang bulan ini
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan
bahawa Jabatan Audit Negara (JAN) tetap akan membentangkan laporan akhir
terhadap pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bulan ini.
Pengerusinya, Datuk Hasan Arifin dengan itu mengkritik laporan sebuah
portal berita hari ini yang mendakwa JAN gagal menepati tarikh
pembentangan laporan akhir pengauditan itu yang dijadualkan bulan ini.
"Laporan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab itu jelas bertujuan
merosakkan reputasi dan kredibiliti PAC serta JAN yang sentiasa komited
dalam melakukan pengauditan yang telus dan akauntabiliti terhadap 1MDB
demi kepentingan rakyat.
"PAC menegaskan bahawa JAN akan tetap membentangkan Laporan Akhir
Terhadap Pengauditan 1MDB pada Februari ini," katanya dalam satu
kenyataan di sini, hari ini.
Hasan juga mahu semua pihak meyakini dan meletakkan kepercayaan
terhadap jawatankuasa itu yang terdiri daripada pelbagai parti, termasuk
pembangkang.
"Tidak ada perkara yang harus dilindungi dan laporan PAC adalah berdasarkan kepada maklumat yang tepat dan benar," katanya.
Dalam isu lain, Hasan berkata PAC kesal dengan tindakan pihak Peguam
Negara Switzerland yang mengeluarkan kenyataan media berhubung isu 1MDB
tanpa berurusan terus dengan kerajaan Malaysia.
Tegas beliau, tindakan mengeluarkan kenyataan akhbar boleh menimbulkan
banyak spekulasi dan tidak berasaskan kepada fakta yang tepat.
Peguam Negara Switzerland Michael Lauber baru-baru ini membuat kenyataan mengenai siasatan 1MDB. - Bernama
1 orang berkata:
ninest123 16.02
louis vuitton, louis vuitton, longchamp outlet, ray ban sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, michael kors, nike free, longchamp outlet, louboutin, ugg boots, burberry, prada outlet, tiffany jewelry, oakley sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, uggs on sale, burberry outlet online, tory burch outlet, prada handbags, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, ugg boots, ugg boots, nike outlet, louboutin outlet, michael kors outlet, louis vuitton outlet, chanel handbags, jordan shoes, ugg boots, christian louboutin outlet, longchamp, replica watches, ray ban sunglasses, cheap oakley sunglasses, tiffany and co, nike air max, oakley sunglasses, louis vuitton, replica watches, louis vuitton outlet, polo ralph lauren outlet, ray ban sunglasses, louboutin shoes, oakley sunglasses, nike air max, gucci outlet
Post a Comment