Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Nasi lemak S

Spiderman Malaysia jual nasi lemak!
Spiderman Malaysia jual nasi lemak!
Antara pelanggan yang membeli nasi lemak Spiderman turut berselfie bersama watak adiwira itu.
KOTA BHARU - Pada kebiasaannya Spiderman dianggap sebagai adiwira. Namun kini Spiderman menjual nasi lemak! 
Itulah keistimewaan dan kreativiti yang ditampilkan seorang pemuda berusia 29 tahun yang menjual nasi lemak di beberapa lokasi bandar ini sejak Jumaat lalu.

Kelainan yang dilakukan itu ternyata menarik perhatian orang ramai bukan sahaja untuk datang membeli nasi lemak dengan harga semurah RM2 malah ada yang sanggup 'memburu' adiwira tersebut semata-mata untuk ‘berselfie’.

Menurut Zawawi Ghazali, sebelum ini dia pernah berniaga tetapi sambutan yang diterimanya hanya biasa sahaja sebelum idea yang difikirkannya sejak dua tahun lalu dibuat bagi menjual nasi lemak yang dimasak ibunya itu.

"Nasi lemak yang saya jual ini dimasak sendiri oleh ibu saya, namun selepas timbulnya idea menjual nasi lemak dalam pakai adiwira ini, ia ternyata mendapat sambutan luar biasa.

"Alhamdulillah sambutan yang diterima sejak Jumaat lalu juga memang amat luar biasa. Saya gabungkan minat saya terhadap watak 'Spiderman’ dengan berniaga," kata bapa kepada dua orang anak berusia dua dan empat tahun itu.

Menurutnya, dia amat meminati karakter Spiderman tersebut sejak dahulu lagi dan setakat ini dia menjalankan perniagaan itu dengan dibantu dua lagi rakannya.

"Saya membeli kostum ini dari China di mana kualiti serta materialnya lebih baik untuk dipakai dengan harga RM500.

"Dua anak saya juga amat meminatinya, kalau di rumah mereka selalu suruh saya pakai," katanya.

Ekoran sambutan yang menggalakkan apabila dalam tempoh 24 jam sejak kelmarin laman 'Facebook Nasi Lemak Spiderman' sudah mencecah kira-kira 2,500 pengikut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.