Selagi Najib ada, Umno semakin lemah
ALOR SETAR - Selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri
Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz terus mengkritik kepimpinan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.
Sebagai seorang wakil rakyat di Dun Ayer Hitam, Mukhriz menegaskan
untuk tidak berhenti dari bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat.
“Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih berada di situ (presiden parti), Umno akan semakin lemah sehingga hari ini
“Skandal demi skandal, saya rasa ini sudah terlampau bagi kita. Malah
kita juga tidak boleh lagi rasa bangga bila ke luar negara,” katanya
pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Terdahulu, krisis Menteri Besar Kedah menemui jalan penamat apabila Mukhriz mengumumkan beliau berundur dari jawatan tersebut.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz umum lepas jawatan MB Kedah]
Pengunduran ini dibuat secara rasmi menerusi sidang media sama pagi tadi.
Mukhriz yang masih kekal sebagai Pengerusi Umno Kedah buat masa ini
bagaimanapun enggan mendedahkan langkah seterusnya yang akan
dilaksanakan, sebaliknya meminta rakyat tunggu dan lihat.
Tambah Muhkriz lagi, walaupun Umno mempunyai keahlian lebih tiga juta
orang namun, dakwanya sesebuah parti tidak relevan hanya dengan jumlah
keahlian sekiranya mereka tidak diberi ruang untuk bersuara.
“Tapi baru-baru ini kita lihat di Perhimpunan Agung Umno, hanya seorang
pemimpin yang dibenarkan bercakap iaitu presiden," katanya.
“Malah ada sedikit amalan kebudak-budakkan apabila dalam mukadimah pun
tidak boleh sebut nama tetamu yang hadir termasuk Tun Dr Mahathir
Mohamad. Sampai macam itu sekali disekat.
“Semua perbahasan pun tidak diberi secara langsung seperti mana yang
dilakukan sebelum ini. Makcik-makcik yang datang dari seluruh negara
yang duduk di luar begitu komited kepada parti, hampa kerana tidak
mendengar perbahasan itu secara langsung,” katanya.
2 orang berkata:
ninest123 16.02
louis vuitton, louis vuitton, longchamp outlet, ray ban sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, michael kors, nike free, longchamp outlet, louboutin, ugg boots, burberry, prada outlet, tiffany jewelry, oakley sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, uggs on sale, burberry outlet online, tory burch outlet, prada handbags, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, ugg boots, ugg boots, nike outlet, louboutin outlet, michael kors outlet, louis vuitton outlet, chanel handbags, jordan shoes, ugg boots, christian louboutin outlet, longchamp, replica watches, ray ban sunglasses, cheap oakley sunglasses, tiffany and co, nike air max, oakley sunglasses, louis vuitton, replica watches, louis vuitton outlet, polo ralph lauren outlet, ray ban sunglasses, louboutin shoes, oakley sunglasses, nike air max, gucci outlet
lululemon, vans pas cher, hollister, nike roshe, michael kors, michael kors, north face, hollister pas cher, oakley pas cher, true religion jeans, new balance pas cher, north face, coach purses, vanessa bruno, nike trainers, nike free, true religion outlet, burberry, nike air max, ralph lauren pas cher, hogan, ray ban pas cher, louboutin pas cher, nike air max, air max, air jordan pas cher, replica handbags, hermes, abercrombie and fitch, michael kors, nike free run uk, longchamp, true religion jeans, nike blazer, nike huarache, coach outlet, sac guess, converse pas cher, tn pas cher, mulberry, michael kors, nike roshe run, timberland, ray ban uk, ralph lauren uk, true religion jeans, longchamp pas cher, lacoste pas cher, sac longchamp, nike air max, air force
Post a Comment