Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Orang di pantai timur diminta berhati-hati

Angin kencang, laut bergelora di Kelantan, Terengganu


0

Angin kencang
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan dan Terengganu hari ini hingga Selasa depan. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


Dalam satu kenyataan hari ini jabatan itu menyebut, kawasan pantai di Kelantan dan Terengganu turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.


Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 km/jam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat).


Keadaan ini yang dijangka berterusan sehingga Selasa depan adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


"Kawasan pantai di Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut," kata jabatan itu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.