Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAPA GOMO PULAK PUNYA ANGKARA

Warga asing diserang Papagomo sedang dikesan
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
 
KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu yang diserang oleh penulis blog Papagomo bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu baru-baru ini. 
 
Serangan itu terakam dalam video berdurasi empat minit yang menjadi viral di media sosial.

Menyatakan demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengulas tindakan menyerang individu berkenaan, dipercayai warga Pakistan.

Khalid berkata, "Tiada sesiapa pun boleh mendahului undang-undang. Bukan sahaja warga asing, binatang pun tidak boleh dipukul.  

"Kalau betul lelaki dalam video itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya, Papagomo perlu membuat aduan. Negara kita ada undang-undang," kata Khalid di sini, hari ini.

Baru-baru ini, satu rakaman video diviralkan di media sosial menunjukkan Papagomo menampar, menumbuk dan menendang seorang lelaki kerana dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya.

Terdahulu, Khalid menyempurnakan majlis penutup Kursus "Training of Trainers, Bahaya Militan Islamic State" yang disertai 50 peserta termasuk pensyarah universiti, ahli akademik dan pegawai kerajaan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.