Istana Anak Bukit tersinggung
ALOR SETAR - Istana Anak Bukit dikhabarkan murka terhadap kumpulan yang
cuba menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar
Kedah.
Mukhriz dalam satu kenyataan semalam berkata, Ahli-Ahli Jemaah Pemangku
Sultan Kedah juga memaklumkan turut murka dengan keingkaran Exco
menghadiri mesyuarat Rabu lalu.
“Selaku Pengerusi Umno Kedah, saya dengan rasa rendah diri memohon
ampun kepada Sultan Kedah dan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah di
atas perbuatan segelintir ahli Umno yang telah mencemari kemuliaan Duli
Tuanku Sultan dan kemeriahan majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan
Kedah,” katanya.
Oleh itu, Mukhriz mendesak semua 12 ketua Umno bahagian dan dua
timbalan ketua Umno bahagian yang terlibat secara langsung mahupun tidak
dengan sidang media pada 20 Januari lalu dan enam Exco yang tidak hadir
Mesyuarat Exco pada 27 Januari lalu, segera memohon maaf secara rasmi
kepada Sultan Kedah dan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Katanya, sehingga kemelut itu selesai, semestinya setiap Exco dan Adun
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Raja Pemerintah dan
rakyat baginda, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Kedah.
“Di saat rakyat Kedah sedang bergembira meraikan ulang tahun keputeraan
Sultan Kedah yang ke-88, sekumpulan pemimpin Umno negeri ini telah
bertindak mendesak saya berundur dari jawatan menteri besar.
“Tindakan 12 Ketua Bahagian dan dua Timbalan Ketua Bahagian mengheret
sama ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam Umno mengadakan sidang
media di Alor Setar pada 20 Januari lalu adalah tidak bertanggungjawab,”
katanya.
Menurutnya, perbuatan kumpulan itu telah mencemar pelbagai acara sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Kedah.
“Saya menerima khabar sesungguhnya Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut.
“Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Exco yang
sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintah ketika mengangkat
sumpah jawatan masing-masing,” katanya.
Mukhriz berkata, turut mendukacitakan apabila enam daripada sembilan
Exco tidak menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah minggu lalu.
“Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai
penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan
Raja Pemerintah, seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Kedah.
“Sebagai Exco, keengganan menghadiri Mesyuarat Exco menjejaskan proses
pentadbiran dan perancangan yang telah diatur kerajaan negeri dalam
melaksanakan program dan aktiviti pembangunan untuk rakyat,” katanya.


3 orang berkata:
lululemon, vans pas cher, hollister, nike roshe, michael kors, michael kors, north face, hollister pas cher, oakley pas cher, true religion jeans, new balance pas cher, north face, coach purses, vanessa bruno, nike trainers, nike free, true religion outlet, burberry, nike air max, ralph lauren pas cher, hogan, ray ban pas cher, louboutin pas cher, nike air max, air max, air jordan pas cher, replica handbags, hermes, abercrombie and fitch, michael kors, nike free run uk, longchamp, true religion jeans, nike blazer, nike huarache, coach outlet, sac guess, converse pas cher, tn pas cher, mulberry, michael kors, nike roshe run, timberland, ray ban uk, ralph lauren uk, true religion jeans, longchamp pas cher, lacoste pas cher, sac longchamp, nike air max, air force
lebron shoes
off white shoes
supreme
supreme clothing
supreme clothing
yeezy shoes
bape hoodie
retro jordans
off white
air jordan
more information Ysl replica special info replica designer backpacks see it here replica bags
Post a Comment