Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK TAU LA, PILIHANRAYA NUUUUN JAUH LAGI

Bendera BN terbalik isyarat ‘kalih’ rakyat Kedah
Isu MB: Bendera BN terbalik tanda protes?
Umno Kedah sudah menerima laporan namun masih belum mendapat gambaran sebenar.
 
SHAH ALAM - Bekas Wanita Umno Langkawi, Ainina Saadudin mendakwa insiden bendera BN yang dipasang secara terbalik di Kedah sebagai isyarat ‘kalih’ namun ia bukan bermaksud rakyat negeri itu menentang BN kerana menyokong parti lain. 
 
Menurutnya, perkara itu menjadi saksi kepada pemimpin BN hari ini bahawa prinsip ‘cash is king’ (duit adalah raja) boleh dicabar di negeri tersebut.

“Hari ini seluruh Kedah memasang bendera BN terbalik kerana mereka mahu menumbangkan Najib (Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak). Seluruh Kedah mahu Najib berhenti daripada terus memusnahkan nilai dan sistem kemanusiaan bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia,” katanya dalam kemas kini status di Facebook, hari ini.

Setelah seminggu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, situasi politik Umno dan BN kini berhadapan pula dengan protes ahli-ahlinya yang didakwa sengaja menggantung bendera BN dalam keadaan terbalik di sepanjang jalan utama.

Difahamkan, tindakan protes itu dibuat sebagai tanda penolakan akar umbi terhadap pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baharu.

Dalam pada itu, Ainina menegaskan bahawa beliau bukan penyokong kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu meskipun dilihat seperti membelanya.

“Malah Datuk Seri Mukhriz pernah menegur cara saya berucap dalam ucapan penangguhan di mesyuarat agung perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi 8 Ogos 2015 lalu.

"Saya tidak memerlukan restu Datuk Seri Mukhriz untuk menegur Presiden kerana saya bukan pemimpin Umno. Saya rakyat marhaen. Rakyat marhaen sudah hilang sabar dengan Presiden Umno.

“Jadi, saya tidak perlu ‘consent’ dari Datuk Seri Mukhriz untuk bercakap benar bagi didengari Presiden Umno. Saya hanya bercakap bagi mewakili rakyat marhaen lain seperti saya,” katanya.

Tambahnya, tidak perlu menjadi pemimpin Umno untuk merasai denyut nadi rakyat sebaliknya menjadi rakyat biasa menjadikan dirinya lebih mulia daripada pemimpin-pemimpin yang hanyut dalam buaian kuasa dan mabuk dalam kilauan material.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.