Muhyiddin: Gesaan saya pada PM berasas
SHAH ALAM - Gesaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat
1Malaysian Development Berhad (1MDB) ternyata berasas, kata Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Menurut beliau, pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) yang melaporkan bahawa Najib tidak sepatutnya terlibat dengan
badan pelaburan kerajaan itu.
Bagaimanapun kata Muhyiddin, beliau bernasib malang apabila Najib telah
menghukumnya apabila beliau menyuarakan hal yang sama di dalam kabinet.
"Saya telah tegaskan dari awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak
perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion,
model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada
negara.
"Saya juga telah menasihati Najib supaya beliau tidak menjadi Pengerusi
Lembaga Penasihat 1MDB kerana ia tidak wajar. Saya menyatakan agak luar
biasa sebuah syarikat mempunyai Lembaga Penasihat.
"Hari ini penyokong-penyokong Najib mencanang Najib telah dibersihkan
oleh PAC dan meminta rakyat terus bergerak ke hadapan dengan melupakan
episod hitam penyelewengan 1MDB. Mana mungkin?
"Berapa kali dalam laporan PAC disebut Perdana Menteri, Menteri
Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, iaitu Najib," katanya
menerusi kenyataan yang dipetik menerusi akaun Facebooknya, hari ini.
Tambah beliau lagi, laporan PAC mengenai 1MDB tidak membebaskan Najib
daripada dakwaan penyelewangan, sebaliknya ia mendedahkan mengikut
Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, sebagai Pengerusi
Lembaga Penasihat Najib terbabit secara langsung membuat
keputusan-keputusan penting berkaitan komitmen kewangan syarikat,
termasuk pelaburan.
"Justeru, tidak hairanlah sepertimana yang dilaporkan oleh PAC, pihak
pengurusan 1MDB banyak membelakangkan arahan Lembaga Pengarah syarikat
dalam melaksanakan usahasama dan pelaburan kerana kuasa tersebut
terletak di tangan Perdana Menteri.
"1MDB memerlukan RM3 bilion setahun untuk membayar faedah ke atas
hutang sahaja. Dengan kebanyakan aset 1MDB telah dijual dan pelaburan
yang mencurigakan, berkemungkinan besar kerajaan terpaksa menanggung
segala hutang syarikat. Saya amat bimbang beban 1MDB akhirnya akan
terpaksa ditanggung oleh rakyat," katanya lagi.
1 orang berkata:
ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (-0823-9177-2208-) EYANG WORO MANGGOLO JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI.
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Post a Comment