Polis sahkan viral rogol kanak-kanak perempuan
SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, viral
suspek yang dikatakan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia
empat tahun, yang ditangkap orang awam tetapi kemudiannya dilepaskan
anggota polis, disahkan benar.
Menurut beliau, Pusat Kawalan Polis Daerah Sungai Buloh menerima panggilan pada jam 1 pagi, Khamis lalu memaklumkan suspek disyaki melakukan perkara itu di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong, di sini.
"Sebuah kereta peronda dengan dua anggota polis tiba di lokasi kejadian dan dapati suspek yang cedera dikerumuni beberapa orang awam.
"Polis menangkap suspek dan membawanya bersama mangsa dan ibunya ke Balai Polis Sungai Pelong," katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, ibu mangsa enggan membuat laporan polis berhubung kejadian kerana bimbang ditangkap polis.
Ibu mangsa dan anaknya adalah warganegara asing tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Atas alasan tersebut, kedua-dua anggota kereta peronda polis membuat keputusan sendiri dan membebaskan suspek.
"Namun, mangsa yang mengalami kesakitan pada kemaluannya telah dibawa ibunya ke hospital untuk rawatan.
"Seorang doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan mangsa dirogol lalu beliau membuat laporan polis," katanya lagi.
Sehubungan itu, Abdul Samah kesal dan memandang serius tindakan anggota polis tersebut dan tidak akan berkompromi kerana mencalarkan kredibiliti, imej dan kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Siasatan terhadap dua anggota polis tersebut atas kesalahan melepaskan orang tahanan di bawah seksyen 223 Kanun Keseksaan sedang dijalankan dan sementara siasatan selesai, mereka ditahan kerja serta merta.
"Orang ramai diminta supaya menghentikan spekulasi. Saya memberi jaminan siasatan sedang dijalankan secara telus dan teliti. Tiada mana-mana individu yang terlibat dalam kes ini termasuk dua anggota polis tersebut akan dilindungi," katanya.
Tegasnya, polis memulakan siasatan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.
"Gerakan mengesan dan menangkap semula suspek dipercayai warganegara asing yang dilepaskan giat dijalankan," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment