Paras air empangan susut akibat El-Nino
KUALA LUMPUR - Paras air di kebanyakan empangan seluruh negara
merekodkan penyusutan berikutan cuaca panas dan kering akibat gelombang
haba serta fenomena El Nino.
Di PERAK, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Datuk Ir
Abdul Razak Dahlan berkata walaupun berlaku penyusutan paras air di
Empangan Bukit Merah di Kerian, namun ia belum mencecah tahap kritikal
iaitu 6.1 meter.
Beliau berkata sehingga hari ini, paras air semasa di empangan itu
adalah 6.522 meter berbanding 6.583 meter yang direkodkan, Ahad lepas.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur,
Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata pembenihan
awan masih tidak dapat dilakukan di beberapa kawasan di utara Perak hari
ini kerana tiada tompokan awan sesuai.
Katanya paras air di beberapa empangan utama di Perak seperti Empangan
Air Kuning, Taiping dan Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta masih
belum mencapai tahap kritikal.
Di KEDAH, paras air di tiga empangan utama setakat 8 pagi tadi iaitu
Pedu, Muda dan Ahning mencatatkan bacaan keseluruhan sebanyak 71.24
peratus atau 1.07 juta meter padu.
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam satu kenyataan berkata
jumlah air berkurangan 13.98 peratus bagi tempoh sama tahun lepas dan
setakat ini empangan Pedu menunjukkan bacaan 73.47 peratus, empangan
Muda (45.88 peratus) dan Ahning (76.72 peratus).
Di PERLIS, paras air Empangan Timah Tasoh, Kangar mencatatkan 26.29
meter hari ini, susut sebanyak 0.02 meter berbanding 26.31 meter yang
direkodkan semalam.
Pengarah JPS Perlis Abdul Najib Abdullah bagaimanapun menjangka air
empangan itu mampu bertahan untuk memenuhi keperluan domestik sehingga
Mei ini jika kemarau berlanjutan.
Katanya empangan Timah Tasoh yang menampung sebanyak 13.21 juta meter
padu air menyalurkan sebanyak 58,000 meter padu air sehari untuk
pengguna domestik di kawasan Padang Besar, Wang Kelian dan utara Kangar.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata
operasi pembenihan awan akan dilakukan hari ini di kawasan Empangan
Timah Tasoh dan operasi oleh Jabatan Meteorologi Malaysia itu dijangka
berterusan sehingga 18 April.
Di MELAKA, Badan Kawal Selia Air Melak dalam kenyataan berkata paras
air di Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah hari ini berada pada tahap
amaran iaitu 51.7 peratus.
Dua lagi empangan, berada pada tahap baik iaitu Empangan Asahan, Jasin
pada bacaan 85.8 peratus dan Empangan Jus, Jasin pada 75.1 peratus.
"Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus kali terakhir menerima hujan
semalam menaikkan paras air di empangan masing-masing sebanyak 4mm dan
47mm. Empangan Asahan pula kali terakhir menerima hujan pada 10 April
lepas menaikkan paras air sebanyak 20mm," menurut kenyataan itu.
Malaysia kini mengalami fenomena El Nino dan Jabatan Meteorologi
Malaysia meramalkan keadaan itu hanya akan berakhir pada Mei atau Jun. -
Bernama
1 orang berkata:
ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (-0823-9177-2208-) EYANG WORO MANGGOLO JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI.
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Post a Comment