Chong Wei juarai Terbuka Malaysia
Pemain
negara Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain nombor 1 dunia,
Chen Long dari China pada perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Terbuka
Malaysia Celcom Axiata 2016 di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.-
Foto Bernama
PEMAIN perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei
membuktikan bahawa beliau masih berbisa apabila berjaya menewaskan
pemain nombor satu dunia Chen Long dari China dalam aksi pertemuan akhir
Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata.
Chong Wei hanya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menewaskan Chen
Long dengan kemenangan 21-13, 21-8 di stadium Melawati Shah Alam
sebentar tadi.


0 orang berkata:
Post a Comment