ISLAM HANYA SATU, INI PERNAH DR ZAKIR SEBUT, TAPI BILA IA BERDAKWAH DITEMPAT TERTENTU DIA KELIHATAN LONGGAR DENGAN TUJUAN DAN HUJAH YANG SANGAT LEMAH. TUHAN BAGITAHU SECARA JELAS, PUNCA BERPECAH ADALAH KERANA TIDAK BERPEGANG KEPADA TALI ALLAH, MALAH TALI ALLAH ITULAH YANG DR ZAKIR LONGGARKAN, PENDAKWAH INI PERLU JANGAN BERDOLAK DALIH - Pak Karamu
Dr Zakir akui sedih dengan sikap sebilangan orang Islam
KUALA TERENGGANU - Dr Zakir Naik yang ceramahnya di Melaka pada Ahad
ini diarahkan batal oleh pihak berkuasa atas alasan keselamatan,
melahirkan rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu
mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.
"Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam
kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama
sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan,"
katanya.
Menurut pendakwah yang berasal dari India itu, masalah besar bagi umat
Islam ialah mereka cenderung untuk memperbesarkan perbezaan walaupun
hanya melibatkan isu-isu yang kecil atau remeh.
"Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan.
Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan
kita, umat Islam," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk The
Importance of Unity Among The Muslim Ummah di sini, kelmarin.
"Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat
perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir
ini," katanya.
Beliau berkata, perbalahan yang berlaku bukan sahaja melemahkan
kekuatan Islam tetapi secara tidak langsung turut memberi gambaran
negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain.
"Melihat apa yang berlaku, mereka percaya, itulah Islam sedangkan
sikap-sikap yang negatif seperti itu bukanlah daripada ajaran Islam yang
sebenar," katanya.
Zakir berkata, perpaduan dalam kalangan umat Islam ketika ini bukan
sahaja dilihat lemah, malah dalam keadaan berpecah belah dan mudah pula
untuk tuduh menuduh antara satu sama lain, meskipun dalam perkara yang
remeh-temeh.
Ceramah itu diadakan sempena Program Jelajah Terengganu di Stadium
Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan turut
dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta
pemimpin-pemimpin negeri lain.
Sebagai jalan penyelesaian kata beliau, umat Islam yang berpegang teguh
kepada ajaran agama yang sebenar, tidak akan sesekali memperlakukan
orang lain terutamanya saudara seagama dengan gelaran yang tidak baik,
apatah lagi dengan melabel seseorang itu sebagai kafir.
“Umat Islam ketika ini dilihat lemah kerana bukan sahaja sering
mengkritik sesama sendiri, namun sanggup menggelar saudara seagama
dengan gelaran yang tidak sewajarnya. Mereka amat mudah melakukannya.
Sedangkan dalam
al-Quran telah menjelaskan bahawa kita dilarang menggelar saudara
seagama yang lain sebagai kafir. Saya menyeru semua umat Islam untuk
kembali bersatu padu dan bergerak di atas ajaran Islam yang sebenarnya,”
katanya.
Lebih 30,000 orang menghadiri ceramah disampaikan tokoh perbandingan agama yang terkenal di seluruh dunia itu.
Selain program tersebut, Zakir menyampaikan syarahan bertajuk Islam The
Solution For Humanity di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) semalam dan hari ini di Sekolah Menengah
Imtiaz Besut dengan ceramah bertajuk Does God Exist?
Syarahan terakhir beliau di negeri ini adalah di Padang Astaka, Kemaman
dengan tajuk syarahan Muslim Choice-Dakwah or Destruction pada Khamis
ini.
0 orang berkata:
Post a Comment