Pas dijangka berdepan laluan sukar di Sarawak
SHAH ALAM - Pas dijangka akan berdepan laluan sukar sekiranya berlaku
pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan
datang, kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti
Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman.
Menurut beliau, sekiranya berlaku pertembungan tiga kerusi, secara
logiknya ia akan lebih memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN)
berikutan berlakunya pecah undi kepada pembangkang.
“Pas secara asasnya tiada tapak yang kukuh di Sarawak kecuali di satu
atau dua kawasan Dun sahaja. Ini kerana pengundi tidak melihat Pas
sebagai parti politik yang organik,”katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Pas melalui Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man mengesahkan akan meletakkan calon di 11 kerusi Dun pada PRN Sarawak
akan datang .
11 kerusi Dun tersebut adalah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang,
Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan
Pujut.
Selain itu juga, Parti Amanah Negara (Amanah) turut mengesahkan bahawa
parti itu akan bertanding sebanyak 13 kerusi pada PRN Sarawak nanti
namun kerusi yang bakal ditandingi mereka masih belum didedahkan kepada
umum.
Dalam pada itu, Fuad berkata Amanah pula pada masa kini hanya
mengharapkan pengundi Islam yang menyatakan sokongan kepada Pas untuk
beralih sokongan kepada mereka.
“Ia pastinya akan mengambil masa untuk direalisasikan bagi mengalih
sokongan ahli Pas terdahulu kepada Amanah dan ini akan beri kelebihan
buat BN,” katanya.
2 orang berkata:
Sememangnya dari asal penubuhan PAN adalah utk menewaskan PAS bukannya UMNO/BN.. jadi PAN sdg melakukan kerja yg sepatutnya..
Janganlah risau kalau PAS kuat, PAS meneraju kuasa ketiga harus yakin dengan kekuatan sendiri. Setakat parti lalat dan khadam, apa yang PAS takutkan.
Post a Comment