Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CAKAP PUNG PANG PUNG PANG TAPI PONDAN SIAM

APA JADAHNYA PONDANG SIYE !

-Pak Karamu-

Tampil dedahkan bukti atau kamu pondan?

Pemuda Pas menggesa golongan yang mendakwa telah melihat sendiri cek yang diterima pemimpin Pas supaya segera membawa bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihak yang sebelum ini mendakwa mempunyai bukti Pas menerima dana RM90 juta daripada UMNO itu tidak lagi perlu menjadi pondan dan penakut atas alasan kekangan undang-undang kerana tampuk kerajaan sudah berubah.

"Saya cabar pihak yang lihat dengan mata kepala sendiri melalui berita yang dibawa jin mereka supaya tampil ke depan hari ini, cek Affin Bank dan sebagainya.

"Saya cabar jangan jadi pondan, bacul pengecut, kamu harus tampil ke hadapan beri bukti kepada SPRM, bahawa Pas terima rm90 juta sebagaimana didakwa, dulu kamu berselindung di bawah pelbagai akta kononnya pendedahan tak boleh dibuat.

"Hari ini Pakatan Harapan (PH) sudah jadi kerajaan, kalau individu ini masih gagal beri bukti RM90 juta sebagaimana didakwa, maka kita boleh buat kesimpulan bahawa pihak seperri ini hanyalah pondan yang tak laku dalam politik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pemuda Pas negeri melalui seorang ahlinya, Mohd Suhaizi Kadir, membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu supaya siasatan dilakukan ke atas dakwaan DAP menerima dana pihak asing di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai rakaman audio suara Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz telah disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, Ahmad Fadhli berkata, ia tidak membuktikan Pas menerima dana RM90 juta daripada UMNO.

"Sama ada rakaman itu benar atau tidak ia tidak boleh menjadi bukti bahawa Pas menerima dana RM90 juta dan ia tidak berbangkit," katanya.

Semalam, Takiyuddin dilaporkan berkata, rakaman suara mengenai Pas menerima duit UMNO itu telah diakui Nik Mohamad Abduh sendiri namun konteks sebenar perbualan tersebut hanya diambil 'separuh jalan' dan tidak sebagaimana dicanang musuh politik Pas.

5 orang berkata:

Anonymous said...

kikiki duit infaq wajib ramadan tu kutip utk apa pak karam? duit 90juta tu dah abih ka?

Anonymous said...

aduh! jgn la buka kes 90juta tu lagi. sudah sudah laa. tak tido mlm satgi puak2 kartel dedak tu. isu dah sejuk. karam, hang jgn la panaskan balik. bodo laa org tua ni. satgi bergaduh lagi din ayam dgn mertua dia. hang jgn tunjuk bodo sangat karamu oii. hang ni bodo mcm buah pelir.

Anonymous said...

Karam Singh.....nangoi

Tar Snake Cotey Cecik said...

Selamat hari raya aidul fitri, maaf zahir dan batin kpd pak karam dan nik abduh serta hj hadi.

Anonymous said...

Kasihan pondan politik husam musa ni ye,,lagi kasihan pengikut2 bodoh hussam yg masih lagi beriman dgn fitnah 80 juta tersebut. Sprm sudah tutup kes,,hanya baruah2 dap masih menghidu busuk tahi 90 juta tu...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.