Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMBURIT ADA PERANCANGAN JATUH MENJATUH DALAM PKR ?

Wanita PKR namp

Wanita PKR nampak ada pelik pada video Haziq

Shakira Buang  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Wanita PKR hari ini menyatakan rasa hairan mereka dengan isu skandal atas ranjang yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini.

Ketuanya, Haniza Mohd Talha, berkata rasa hairan itu timbul kerana ia disebarkan tidak lama selepas Latheefa Koya dilantik mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

"Semua ini terbongkar sebaik saja selepas pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM. Jadi, saya melihat ia sebagai sesuatu yang pelik," katanya dalam sidang media khas Wanita PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.

Selain itu kata Haniza, ada beberapa percanggahan yang mengundang curiga, antaranya kenyataan dibuat pihak yang mendakwa Azmin, iaitu Haziq Abdullah Abdul Aziz.

"Dalam kenyataan Haziq, dia meminta SPRM menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Azmin, jadi saya nampak ada kaitan di situ, seolah-olah ada pihak yang berniat jahat ingin melaga-lagakan keputusan dibuat perdana menteri dengan timbalan presiden PKR yang kononnya satu kem dengan ketua pesuruhjaya SPRM. 

"Ini saya lihat sangat jelas boleh dibaca," katanya.

Kata Haniza, dengan kecanggihan teknologi yang ada hari ini apa pun tidak mustahil dilakukan bagi menyebarluaskan fitnah sedemikian.

Hal itu, katanya, termasuk mengubah suai wajah seseorang.

Azmin kena terus bertugas

Haziq baru-baru ini menggemparkan negara apabila mendakwa dia adalah individu dalam rakaman klip video seks yang dikaitkan dengan lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei.

Dalam pengakuannya sehari selepas video itu disebarkan, Haziq mendakwa kejadian itu dirakam tanpa pengetahuannya dan diedarkan sehari sebelumnya.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan klip video tersebut.

Azmin pula menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.




Selepas penafian itu, pihak yang tidak dikenali menyebarkan satu lagi klip video skandal seks yang dikaitkan dengan timbalan presiden PKR itu dengan menjemput wartawan menyertai kumpulan WhatsApp dinamakan "Azmin Ali Part 2/4".

Haziq ialah ketua Angkata Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Sementara itu, mengulas desakan supaya Azmin direhatkan, Haniza berkata kenyataan kumpulan terbabit tidak mengambarkan semangat perjuangan PKR melawan fitnah.



Sebaliknya Haniza berkata Azmin seharusnya perlu meneruskan tugas-tugasnya dan memberi tumpuan kepada pembangunan negara.

"Kita harus lihat ke depan untuk majukan negara. Sebab itu kita sepakat bersama menyokong kepimpinan dan bersama-sama dalam hadapi ujian ini.

"Kamiu semua (wanita PKR) menolak politik kotor yang dirancang oleh pihak tertentu," katanya.

Dalam pada itu, Haniza berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu ambil tindakan dan mengesan pihak yang menyebar video itu dengan sewenang-wenang.
Katanya, SKMM perlu bertindak segera bagi membantu polis untuk menangkap pihak terbabit.

"SKMM perlu pastikan video tersebut tidak menjadi tular kepada orang ramai," katanya.
Haniza juga berkata semua wanita PKR negeri akan membuat laporan polis supaya pelakunya disiasat.

"Laporan polis dibuat sebab kita rasa ada sesuatu yang berniat jahat lebih-lebih lagi Haziq dilaporkan mahu melarikan diri tetapi telah diberkas oleh polis," katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

BOSAN NYA KEM MUSLIMAH KUNYIT ...MUSLIMAH HAWAW MERECIK MASAM PUIIIII...!!

minggu ni minggu kunyit merecik hawaw masam tengik... begitu lah minggu seterusnya...

22tahun di hidang dengan kunyit .. ingat dah abis rupa rupa nya kunyit masam terus di recycle oleh 2 manusia paling haram jadah...


selagi 2 hanat ini masih hidup malaysia dibayangi kunyit masam tak berkesudahan

dari alam belajar... alm kerja.. meningkat remaja dan berkeluarga malaysia dihurungi kunyit masam..

kami dah muak , bosan, drngan watak tua bangka pembohong, penipu, perompak dari ke dua manusia dari utara ini... cukup cukup lah orang utara hanat ini.. bagi orang selatan.... nak fakta ke pemimpin utara suma jenis hanat...??

bila la nak mampos 2 hanat ini... malaysia hancur bukan perang tapi dengan kunyit masammmm..!!! tepukkk kuat kuat bila salah satu panji kunyit hanat mrlingkup nnti..


bosan sungguh dengan manusia 2 renta dan separa renta ini...kaki penipu.. pembohong, barua yahudi, barua pluralis murtad, comango, liberal pelacur akidah iman

Anonymous said...

11 May setiap tahun akan sambut sebagai HARI SEMBURIT MALAYSIA..

آدم said...


خدمة تقدمها شركة تسليك مجارى بالرياض
تسليك مجاري بالضغط - تسليك مجاري المطبخ - وايت صرف صحي بالرياض - تسليك مجاري بالرياض - تسليك المجاري بالاسيد - تسليك المجاري بالملح - تسليك بالوعة المطبخ
شركة تنظيف مكيفات بالرياض
تمتلك افضل الطرق والمعدات في تنظيف الواحدات الداخلية والخارجية للمكيفات توفر تنظيف المكيفات الاسبلت الفريون الكاست شركة غسيل مكيفات توفر خدمة تعبئة الفريون بسعر مميز شركة نظافة مكيفات تساعد علي رفع كفاءة التشغيل مرة اخري

شركة تنظيف مسابح بالرياض
نقدم خدماتنا مثل غسيل المسابح وغيرها فالهدف الاول هو راحة العملاء و اكتساب ثقتهم مهما تكلف الامر مع ضمان جودة الخدمات المقدمه و
سرعة انجازها بكل سهوله و امان و على احدث و افضل الاساليب.

Anonymous said...

Nasihat kpd pakaramu.
Biarlah polis buat siasatan dulu. Jangan pakaramu membuat kesimpulan mendahului pihak yg berkuasa. Lebih baik jaga isteri, anak dan cucu pakaramu supaya perkara yg sama tidak berlaku kpd mereka. Kalau dah berlaku menangis pun dah tak berguna.

Anonymous said...

Kalau hadi bercita2 nak jadi PM, mungkin akan ada video mcm tu yg akan keluar. Mungkin akan ada anak ikan yg mengaku telah disuntik oleh beliau. Korang janganlah berangan jadi pm, kang tak pasal2 keluar video semburit korang.

Anonymous said...

Malaysia Baru diberi slogan..
Menterinya bijak bukan kepalang..
Dedak sudah dilupa orang..
Semburit pulak jadi bualang..

Idup PKR
K = Kunyit

steve said...


شكرا معلومات مفيدة يمكنك زيارة ايضا لمعلومات قيمة اخرى قم بزيارة :

شركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
افضل شركة تنظيف

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.