Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AZIZ BARI BONGKAR !

Jumaat, 25 November 2011

Panass..Akhirnya Aziz Bari "Bongkar" Cerita Sebenar..

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan baginda berkaitan audit kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). 

Terdahulu pagi tadi, Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita berhubung dakwaan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Mais dan LZS bebas daripada diaudit.

Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.

“Beta sangat dukacita apabila Beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ada membuat kenyataan bahawa akaun Mais dan LZS tidak diaudit dan bebas daripada audit.

“Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul,” titah baginda, dipetik Bernama Online, merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.

Aziz berkata, “saya tidak berniat melawan baginda.” “Saya rasa DYMM Tuanku tahu saya telah banyak menulis mengenai peranan dan kuasa raja-raja selaku ketua negeri dan ketua agama.

“Nampaknya, ada pihak yang mahu memburukkan imej saya di hadapan Sultan,” kata Abdul Aziz dalam respons menerusi e-mel petang tadi.

“Saya menyeru para pegawai atau orang yang rapat dengan istana berhenti memberi nasihat yang salah kepada Sultan. Saya sanggup mengadap untuk memberi penjelasan. Saya bukan antiraja seperti yang digambarkan.

“Sebenarnya saya telah dipanggil oleh beberapa orang kerabat dan mereka menyokong kenyataan-kenyataan saya. Mereka kata teguran itu meskipun pahit perlu dibuat bagi menyelamatkan institusi raja dari ditunggangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan termasuk Umno,” kata Aziz lagi.

Aziz menambah, seperti yang “saya maklumkan apa yang berlaku di (Kolej Universiti Islam Selangor) KUIS semalam bukan yang pertama dan satu-satunya. KUIS adalah milik MAIS dan ia di bawah Sultan.

“Saya sudah diperlakukan begitu dalam satu program anjuran IKIM tak berapa lama dulu. Ia mungkin dilakukan ekoran peranan saya dalam isu perlantikan SUK awal tahun ini,” kata beliau.

1 orang berkata:

TMRK said...

Hello there,

I have to say, your blog is lovely!
Everything seems so nice!

Check out mine if you have not yet :)

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.