Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mangsa banjir Kelantan, Terengganu meningkat

 

November 23, 2011
KOTA BARU, 23 Nov Berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, jumlah mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam.

Dua daerah di negeri ini kini dilanda banjir iaitu Kota Baharu dan Pasir Puteh. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam.

“Di Kota Baru, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi,” katanya dipetik Bernama Online.

Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran. Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Terengganu meningkat pagi ini. 
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 9 pagi ini jumlah mangsa yang dipindahkan adalah 1,439 orang berbanding 373 orang semalam.

Katanya daerah Setiu agak teruk apabila seramai 671 orang dipindahkan ke pusat pemindahan, diikuti Besut 560 orang dan Hulu Terenggaanu 208 orang.

Jurucakap itu berkata dalam tempoh yang sama juga 21 pusat pemindahan telah dibuka iaitu tujuh di Setiu, sembilan di Besut dan lima di Hulu Terengganu yang melibatkan balai raya, dewan serbaguna, masjid dan sekolah.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan paras air di beberapa sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya pagi ini.

Di Besut, paras air di Kampung La mencecah 19.54 meter berbanding paras bahaya 19.20 meter dan di Jambatan Jertih pula bacaannya ialah 8.73 meter, melebihi paras amaran 8.10 meter.

Sungai Nerus di Kampung Bukit di sini mencatat bacaan 13.56 meter (bahaya 12 meter) dan di Kampung Langkap, Setiu 21.95 meter (bahaya 21.50 meter).

Keadaan cuaca di sini pagi ini mendung dan sesekali berlaku hujan serta angin kencang.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.