Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN NAK TUNJUK KAT MALAYSIA AMAN DIBAWAH PEMERINTAHANNYA

RUU Perhimpunan Aman kejam dan tindas rakyat, kata Samad Said

November 29, 2011
 
KUALA LUMPUR, 29 Nov Datuk A. Samad Said mengingatkan pentadbiran Najib agar dengan segera menggugurkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman sekiranya tidak mahu berdepan dengan demonstrasi berterusan daripada rakyat negara ini.

Tegas Sasterawan Negara ini, rang undang-undang itu melanggar Perlembagaan Persekutuan dan pada masa sama menzalimi rakyat sekiranya dilaksanakan.

Tambah Samad, 76, Perdana Menteri tidak sepatutnya melaksanakan undang-undang yang boleh menyekat kebebasan rakyat.

“Saya memang bantah, saya fikir rang undang-undang itu sebenarnya menyekat orang berhimpun, menyekat orang menyatakan bantahan. Saya kira itu satu undang-undang yang tidak harus dilaksanakan, sama sekali tidak boleh (dilaksanakan).

“Bunyinya agak cantik tapi kesannya amat haiwan...ertinya macam binatang, agak kejam undang-undang ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata “ikon baru politik” selepas Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, sepatutnya dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Putrajaya harus matang dalam menggubal undang-undang baru dan bukan kembali seperti zaman dahulu.

Samad (gambar) juga menyifatkan pelaksanaan rang undang-undang itu akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah “negara polis”.

“Memang saya terkejut sebab saya fikir dengan mansuhnya ISA kita benar-benar bebas unutk menyatakan apa-apa atau berhimpun, undang-undang ini sebenarnya mengikat dan menindas rakyat,

“Ia melanggar salah satu lunas-lunas demokrasi, melanggar hak asasi dan ertinya ia melanggar Perlembagaan Persekutuan dan saya fikir bantahan berterusan akan berlaku sekiranya ia tidak digugurkan,” katanya.

Sebelum ini pemimpin Pakatan Rakyat dan Majlis Peguam mendesak agar Rang Undang-undang Perhimpunan Aman ditarik balik.

Ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak, Kabinet memutuskan untuk membawa tujuh pindaan ketika ia dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Rang undang-undang itu digubal bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis dijadual untuk dibahaskan di Dewan Rakyat pagi ini.

“Memang ia harus ditarik balik, undang-undang sebegini tidak harus ada. Saya fikir apa yang sedang berlaku ini menuju ke negara polis, jelas sekarang sedang menuju ke sana...akan jadi negara polis yang mana orang memerintah duduk di atas maka akan gunakan polis.

“Ia wajib digugurkan, ini bukan bantahan peguam...peguam buat demonstrasi dulu sebab mereka tahu undang-undang tapi ini bantahan rakyat,” kata Samad merujuk perhimpunan aman anjuran Majlis Peguam di Parlimen hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.