Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANA BOLEH JAMIN, MELAYU DAH JADI MALAY SI YA

Pemuda PKR cabar Umno pinda Perlembagaan jamin Melayu PM

TERKINI @ 02:18:49 PM 25-11-2011
November 25, 2011
 
PULAI, 25 NovSayap muda PKR hari ini mencabar Umno meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan syarat dan jaminan jawatan Perdana Menteri hanya boleh disandang oleh seorang Melayu jika benar parti teras BN itu mendakwa hanya ia yang boleh melindungi kaum Melayu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata alasan jawatan tersebut dipegang oleh seorang Melayu hanya semata-mata kerana Umno berkuasa tidak boleh diterima.

Shamsul Iskandar Mohd Akin menyampaikan ucapan dasar pada Kongres AMK. — Foto oleh Choo Choy May
Tegas beliau, sejarah membuktikan Umno sanggup menggadai dan memperdagangan apa sahaja. 
 
“Memberikan jaminan Perlembagaan bahawa hanya seorang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah tindakan adil, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau dalam ucapan dasarnya pada Kongres AMK di sini hari ini.

Shamsul Iskandar berkata perkara itu tidak asing di Malaysia kerana hampir semua negeri di Malaysia mensyaratkan ketua kerajaan negeri mesti seorang Melayu.

“Hakikat demografi dan perwakilan di Parlimen juga menjadikan tidak munasabah seorang bukan Melayu dilantik ke jawatan Perdana Menteri,” kata beliau sambil berkata “asas cabaran ini bukan timbul daripada sentimen perkauman.”

“Tetapi ia bertitik tolak daripada prinsip ‘justice as fairness’ yakni meletakkan sesuatu pada kedudukan sepatutnya.”

Shamsul Iskandar seterusnya menekankan soalan “Melayu bagaimana yang selayaknya menjadi Perdana Menteri?”

“Pastinya bukan Melayu yang korup, zalim dan menindas. Hanya Melayu yang adil layak.
 
Shamsul Iskandar juga berkata ketiadaan jaminan Perlembagaan Persekutuan membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi kerisauan orang Melayu terhadap masa depan mereka.

Akibatnya kata beliau, wujud syak wasangka terhadap rakyat daripada etnik lain. “Manipulasi ini tidak lain tidak bukan ialah untuk mewujudkan rasa tidak selamat dan suasana tegang.

“Dengan cara ini, orang Melayu diharap sentiasa bergantung kepada mereka sebagai wira orang Melayu padahal mereka adalah petualang.

“Syak dan salah sangka ini yang menyebabkan orang Melayu merasakan hak dan peluang mereka mahu direbut oleh bangsa lain,” katanya lagi dan menambah, “hakikatnya kita semua adalah rakyat Malaysia.”

“Seharusnya kita mencari jalan terbaik untuk hidup dalam rukun damai dan suasana harmoni tanpa sangkaan buruk terhadap sesama rakyat Malaysia.

“Keharmonian hanya boleh wujud sekiranya kita menegakkan keadilan menaungi semua rakyat. Justeru, kita perlu ada keberanian untuk melaksanakan keadilan untuk semua,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.