Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kKITA LIHAT NANTI APA PULA MUSLIHAT ?

Pilihan raya: Laporan awal PSC diumum Khamis

November 29, 2011
PUTRAJAYA, 29 NovLaporan awal jawatankuasa pilihan khas berhubung proses memperbaiki sistem pilihan raya akan dibentangkan di Parlimen, Khamis ini.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata enam pendengaran awam telah diselesaikan dam jawatankuasa itu gembira dengan maklum balasnya.

“Saya rasa dalam senarai saya pada masa ini terdapat lebih daripada 100 cadangan, jadi kita perlu membincangkannya dan meneliti perkara-perkara yang saya anggap penting,” katanya dipetik Bernama Online.

“Kita sepatutnya melaporkannya pada minggu pertama April tahun depan tetapi kita telah memohon supaya Parlimen memberikan kita peluang untuk membentangkan laporan interim pada hari terakhir persidangan,” katanya kepada pemberita selepas menyaskikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Mimos Berhad dengan 13 rakan industri elektrik dan elektronik (E&E) bagi khidmat perkongsian dalam ‘Failure Analysis and Wafer Testing’, di sini hari ini.

Pendengaran awam pertama PSC diadakan pada 11 November di bangunan Parlimen, manakala yang kedua diadakan di Sabah selama dua hari, Jumaat lalu.

Pendengaran awam seterusnya dijadual diadakan di Sarawak (8-9 Disember), Pulau Pinang (15-16 Disember), Kelantan (7-8 Januari) dan Johor (12-13 Januari).

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.