Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS BERANI MATI KALI KEDUA

Saturday, November 26, 2011

PAS Akan Sekat Dan Ambil Tindakan Mahkamah..!!


PAS akan mengambil tindakan mahkamah untuk menyekat Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam.

Peguam parti itu Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau akan mewakili PAS minggu depan untuk memohon perintah mahkamah berhubung perkara tersebut.

Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam dan Dewan Rakyat akan membahaskannya minggu depan.

“Kita tidak akan tunggu rang undang-undang ini diluluskan menjadi undang-undang baru kita cabar. Kita akan mengambil tindakan mahkamah untuk proses rang undang-undang ini menjadi undang-undang,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Dipetik Harakahdaily, Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, tindakan mahkamah itu adalah berasas kerana kerajaan tidak mempunayi kuasa untuk menggubal RUU mengikut pandangan mereka sahaja.

“Kuasa kerajaan di bawah Perlembagaan Negara. Jadi kalau mereka melangkaui perlembagaan, kita berhak mengambil tindakan mahkamah,” katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.