Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SULTANPUN LUAR BIASA GAK NYEW ?

Peguam: Teguran Sultan Selangor sentuh nama individu ‘luar biasa’

November 26, 2011
 
KUALA LUMPUR, 26 Nov Teguran secara langsung Sultan Selangor dengan menyentuh nama seorang individu, dalam kes terbaru membabitkan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkenaan laporan kewangan agensi agama negeri, adalah sesuatu yang “luar biasa” dan kemungkinan akan dijadikan modal politik, kata peguam hari ini.

“(Pada pengalaman saya) ia memang sesuatu yang agak luar biasa,” kata ketua bahagian perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun peguam muda ini menambah, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai segala hak untuk memberi pandangan sedemikian meskipun dianggap sebagai sesuatu yang agar luar biasa.

Tetapi apa yang dikhuatiri ialah, jelas beliau, kenyataan baginda akan dijadikan isu politik oleh pihak-pihak tertentu.

“Di negara ini setiap isu akan dijadikan modal politik, isu politik. Dari sudut perundangan, kita boleh mengatakan bahawa tidak salah bagi tuanku mengatakan begitu,” kata beliau sambil menambah, ia bukan satu perintah tetapi hanya “satu kenyataan dan pandangan daripada tuanku.”

“Tetapi apa dikhuatiri ialah akan ada pihak-pihak tertentu menggunakan pandangan tuanku ini untuk menyerang individu yang dimaksudkan (Aziz),” katanya lagi.

Dilihat sebagai kenyataan secara langsung yang jarang-jarang dibuat oleh raja dan sultan, kelmarin Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita baginda berhubung kenyataan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.

Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.

“Beta sangat dukacita apabila beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa ada membuat kenyataan bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit dan bebas daripada audit.

“Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti Mais dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul,” titah baginda ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di Shah Alam.

Dalam penjelasan pada hari yang sama, Aziz yang berhadapan dengan siri kritikan dan siasatan pihak berkuasa sejak sebulan lalu berkata, beliau bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan itu.

“Nampaknya, ada pihak yang mahu memburukkan imej saya di hadapan sultan,” kata Aziz. Dalam pada itu, penganalisis politik berpendapat sultan juga ada hak menegur sesiapa yang mengkritik Mais dan LZS yang secara kebetulan baginda adalah ketua agama negeri.

Bagaimanapun menurut Prof Madya Dr. Mohd Nor Yazid dari Universiti Malaysia Sabah, oleh kerana sultan adalah institusi yang tertinggi, seharusnya hanya Mais dan LZS yang perlu menjawab isu dibangkitkan oleh Aziz jika perkara seumpama itu muncul.

“Sultan Selangor amat perihatin dengan masalah yang timbul. Oleh itu, sultan berhak mempertahankan Mais dan LZS yang dinaungi baginda,” kata beliau lagi.

Mohd Nor menambah, teguran itu tidak menimbulkan sebarang implikasi kerana baginda bertanggungjawab untuk mempertahankan agensi-agensi di bawahnya selaku ketua agama negeri.

Sementara itu, penganalisis Dr Nik Yahya Nik Abdul Rahman dari Universiti Malaysia Kelantan berpendapat Aziz wajar menyemak fakta terlebih dahulu sebelum membuat ulasan-ulasan disentuhnya.

“Sebagai ahli akademik, fakta penting untuk sandarkan maklumat dan komen beliau,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.