Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENILAI UMNO YANG TAK RASIS, TAPI ITULAH RASIS

SEKEJAP PERJUANGKAN BANGSA, SEKEJAP PERJUANGKAN 1 MALAYSIA, SEKEJAP ADA SEKEJAP TAK ADA, MACAM BISKUT

Umno bukan rasis tapi perintis semangat tolak ansur, kata Najib

December 01, 2011
 
Najib Razak menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 pagi tadi. ― Foto
Reuters
 
KUALA LUMPUR, 1 Dis Datuk Seri Najib Razak menegaskan Umno bukan sebuah pertubuhan politik rasis — pendirian yang dilihat cuba memperbaiki persepsi ekoran pemimpin-pemimpin kanannya mengeluarkan kenyataan menyerang parti-parti komponen Pakatan Rakyat dengan mencetuskan sentiman berbuar perkauman kelmarin. 
 
Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan kelmarin didakwa menyerang parti-parti saingannya dengan menggunakan elemen berbuar perkauman.

Kenyataan itu dikatakan bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia dan transformasi politik dilaungkan oleh Najib.

Hari ini, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri berkata, sejak dari dulu lagi, Umno bukanlah sebuah pertubuhan rasis.

“Umno sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya, telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional,” kata beliau dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 hari ini.

Dalam ucapan bertemakan “Umno Menjuarai Transformasi” yang menekankan peranan parti itu sejak ia ditubuhkan, Najib berkata, “menyentuh usaha tersebut, iltizam Umno bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi.”

“Sebagai contoh, dalam pilihan raya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan Umno apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC dua.

“Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya dua, kawasan majoriti Cina,” katanya lagi.

Najib berkata, perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih sejuta pengundi Melayu.

“(Sebanyak) 11 peratus atau seramai 143,000 pula, adalah pengundi Cina manakala 50,000 atau, hampir empat peratus sahaja, di kalangan pengundi India.

“Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang Umno demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi,” katanya lagi.

Najib menambah, tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang Umno untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.

Najib seterusnya berkata Umno juga melalui Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi.

“Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara, samada dalam bentuk ladang mahupun lombong. Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya, di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.

“Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad, di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955,” katanya.

Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, anak bekas perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein ini menambah, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960.

“Dalam ketika itu, pada 1956, Felda ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka,” katanya lagi.

Najib juga berkata, penubuhan Felda menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya.
Menurut beliau, ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan.

“Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua,” katanya lagi.

Najib juga menyentuh tentang cabaran pertama dihadapi Umno dan Perikatan ialah bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948.

“Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai, kurang daripada tempoh tiga tahun selepas 1957,” katanya lagi.

“Kejayaan yang dicapai bukanlah sedikit, sebaliknya ia begitu signifikan dan tersergam kepada negara. Kita harus melihat kejayaan ini dari perspektif apa yang berlaku dirantau ini.

“Kalau diamati, walau ada penglibatan kuasa besar dunia dengan kekuatan militer tanpa tolok banding, masih tidak mampu menghalang pengaruh komunisme. Sebaliknya, sebuah kerajaan baru merdeka, dengan sokongan padu rakyat, berjaya menyanggah teori domino,” katanya lagi.

Oleh yang demikian, katanya, Umno mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayat semula sejarah, dengan memperlekehkan sumbangan para pahlawan negara.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang budi, kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita, tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.