Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO MULA MAIN SENTIMEN BANGSA MELAYU

 cuba  lihat apa perwakilan UMNO buat dalam persidanga agong mereka ? Berjihad untuk wahdatul ..........

MAINAN POLITIK KAUM OLEH UMNO BERMUSIM, KADANG ADA KADANG TAK ADA, MASA TAK ADA DIA ARAH PERKASA MENJULANG SEMANGAT KAUM MELAYU

Apabila rumpun orang melayu yang asalnya berkembang didalam UMNO akhirnya mereka berpecah belah sesama sendiri, diantaranya mereka menubuhkan PAS dan PKR dengan membawa dasar yang mereka rasa selamat berjuang kearah yang mereka rasa selamat, sama ada selamat dunia dan akhirat atau selamat di dunia sahaja, maka tinggallah UMNO kekal dengan dasarnya yang kadangkala yakin dan kadangkala mereka tidak yakin untuk terus berkuasa

Rumpun UMNO yang tinggal keseorangan terus berjuang membela bangsa secara bermusim terus berpecah belah sesama sendiri kerana merebut harta negara yang tinggal sedikit, sekarang parti itu ibarat nyawa-nyawa ikan sahaja walaupun nampak gah secara bermusim, kerana itu mereka sering mengharapkan bangsa melayu bersatu kembali dibawah dasar bangsa namun seruan mereka tidak diendahkan oleh PAS dan PKR kerana dasar yang tidak sehaluan

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum sudah nampak dan sedar bahawa perjuangan UMNO sudah tidak lagi relevan didalam hati mereka lalu mereka tidak mengambil endah segala seruan supaya rakyat bersatu dan memberikan mandat kepada UMNO/BN untuk terus memerintah negara namun rakyat hanya boleh pandang dan mendengar sahaja seruan UMNO tersebut, cuma masanya sahaja yang belum tiba untuk menukar pemerintahan mereka dan masanya sangat hampir

UMNO yang menjadi tunggak pemerintahan di negara ini ibarat sedang bernafas di dalam lumpur akan tetapi mereka tetap juga menunjukkan semangat kental yang agak sumbang, ibarat bernafsu kuat akan tetapi tenaga sangat lemah, dalam masa yang sama mereka sangat takut hilang kuasa, dan bayang-bayang kuasa yang akan hilang itu sentiasa berada didalam fikiran mereka kerana pertandanya sangat banyak  bagi mereka meyakininya, sebab itu kita boleh dengar ucapan-ucapan pimpinan parti itu yang merayu untuk bersatu

UMNO sudah lama memerintah, kesilapan terlalu banyak, rasuah jangan dikira, pembaziran menjadi amalan, kewangan negara sedang tenat, pemikiran pemimpin menjadi cemas, pemikiran rakyat menjadi berserabut dengan keadaan negara yang ekonominya semakin meruncing, sara hidup melambung, penyelewengan sukar dikawal, dalam masa yang sama kerajaan masih bersikap " Biar papa asalkan bergaya"

Para pemimpin UMNO sekarang sebenarnya masing-masing mengintai-intai peluang yang tinggal sedikit untuk habuan pribadi dan keluarga mereka sebelum tumbang, mereka akan mengikis apa saja yang ada dan meninggalkan hampas terhadap pemerintahan yang baru jika ada izin daripada Allah, 

Semalam semangat melayu supaya bersatu bergema lagi, ini bersemperna dengan perhimpunan agong UMNO, mirip ucapan timbalan perdana menteri dari UMNO ini macam mereka nak condong kepada perjuangkan islam, maka mereka sebutlah perkataan jihad, wahdatul fikr, wahdatul amal dan macam-macam wahdatul lagi ..... lepas itu berfirman-firmanlah timbalan perdana menteri UMNO maka terkencat beruklah mereka yang sudah karat hijau dengan pahaman sekular didalam himpunan tersebut, lalu ada suara yang sebut al fadhil ustaz ...... 

Bagi Pak Karamu jika Al Fadhil ustaz Muhiden nak berfirmanpun tak pa, namun tujuan besarnya nak cangkok orang melayu didalan PAS dan PKR supaya berselera dengan ucapannya dan terus membuat sokongan terhadap parti tersebut, dia harap kesan dari ucapannya itu orang melayu yang berada diluar UMNO akan bersimpati kepada perjuang UMNO, namun orang melayu diluar UMNO sudah faham langkah silatnya sudah terlalu sumbang dan tempang dan tak boleh dipercayai

Tetiba  diwarung makan ada seorang yang dikenali sebagai UMNO yang frust bersuara " kome dengo boleh ! ikut jangan ! teman dan kena penangan UMNO ! temanpun puak tu jugaaak ! deme sebenonye pakai kroni yang menggemokkan kroni deme je ! Macam lembu ! Lalu terencatlah semangat orang melayu yang berada diatas pagar pada malam itu, ini membuktikan bahawa apapun yang diucapkan oleh pimpinan UMNO hanya gurauan yang bakal menghancurkan UMNO sendiri, sebab itulah UMNO sekarang banyak mempunyai musuh didalam selimut, macam Abdullah bin Ubai dizaman nabi




0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.