Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LEBIH EMPAT DEKAT LALU UMNO TENDANG PAS SAMPAI PATAH ARANG

Mesej Muhyiddin Umno-PAS berpatah arang, ‘jumpa di ibu PRU’

December 01, 2011
 
1 Dis Lebih seminggu lalu, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal dipanggil dalam waktu terdekat, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melontarkan idea - urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah “dan mengindahkan” jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.

“Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Kelantan.

Ia menarik kerana perkara tersebut ditimbulkan di sebalik isu kerajaan perpaduan antara PAS-Umno sudah banyak kali ditengahkan sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Kelmarin bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia Tan Sri Dr Nordin Kardi ketika bercakap pada Forum Agenda Melayu Ketujuh anjuran anjuran Alumni kelab-Kelab Umno Luar Negara berkata, Umno tidak perlu takut kepada PAS kerana PAS tidak pernah bertanding di semua kerusi yang membolehkan PAS membentuk kerajaan secara sendirian.

Pun begitu katanya, lebih baik Umno menjaga hati para penyokong PAS kerana silap-silap PAS akan bergabung semula dengan Umno, sekali gus mengulangi sejarah lebih empat dekad lalu.

Bertolak daripada itu, Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno ketika berucap merasmikan persidangan agung tiga sayap parti itu malam kelmarin menegaskan satu perkara yang menarik — PAS tidak akan menggantikan Umno.

Mesej beliau mudah PAS tidak boleh menggantikan Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu atas alasan “Umno tiada galang-ganti.”

Mengambil kira perkembangan sepanjang tiga tahun lalu, sejak selepas pilihan raya umum ke-12, Umno dan PAS mendapat perhatian banyak pihak kerana seringkali timbul Umno mahu mewujudkan kerjasama politik dengan PAS. Wujud siri idea membentuk kerajaan perpaduan dengan PAS di beberapa negeri iaitu Perak dan Selangor. Perak dan Selangor antara lima negeri dikuasai parti komponen Pakatan Rakyat. Individu yang mendapat perhatian di sebalik isu ini Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Selepas satu minggu, Muhyiddin mesej nampak keras dan lantang. Katanya, Umno tetap kuat dan teguh untuk meneruskan kelangsungan politik orang Melayu. PAS tidak mampu menggantikan Umno. Jadi, Umno tidak memerlukan PAS. Begitulah maksud beliau pemimpin nombor dua kerajaan dan Umno.

Antara pemimpin mengkritik sebarang kerjasama politik dengan Umno ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya tahu siapa anda (Umno).” Ini ungkapan yang selalu digunakan oleh Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam membicarakan hubungan PAS-Umno awal 1970-an yang roboh dalam beberapa tahun. PAS mendakwa Umno menendang mereka keluar selepas ia bertambah kukuh dan mantap.

Tetamu Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila diajukan soalan ini berkata: “Nampaknya Umno-PAS sudah berpatah arang, berkerat rotan. Ucapan Tan Sri Muhyididn merenggangkan hubungan mereka, kerjasama mereka... membawa kepada lebih banyak permusuhan dengan PAS daripada kebaikan.”

“Ini yang ditekankan oleh beberapa orang dalam Forum Agenda Melayu Ketujuh (kelmarin),” kata Asri yang turut merupakan ahli panelnya.

Tambah beliau, “salah satu pandangan yang dibawa ialah Umno kena berbaik dengan PAS, tidak boleh menghentam teruk... harap-harap satu hari nanti, PAS akan bekerjasama dengan Umno.”

Seorang lagi pemerhati politik yang sering mengikuti perkembangan dan Umno dan PAS, Prof Dr Abdul Aziz Bari menarik perhatian bahawa kenyataan Muhyiddin menunjukkan bahawa parti teras Barisan Nasional (BN) sudah semakin tertekan.

“Jika selama ini Umno kata sanggup bekerjasama dengan PAS, mengapa secara tiba-tiba berkata sebaliknya?” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini.

“Sebelum ini Umno termasuk Muhyiddin pernah berkata Umno sanggup berganding dengan PAS, bermakna PAS sama taraf dengan Umno, bermakna ia yakin PAS sebelum ini... tetapi hari ini, tidak,” kata Aziz sambil menambah, sebagai pemimpin nombor dua, Muhyiddin sepatutnya “lebih baik tidak mengulas kalau tidak boleh menilai perkara itu.”

Aziz juga menggambarkan kini Muhyiddin berhadapan dengan sindrom ‘flip-flop’ selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam tempoh sudah berubah cakap,” katanya lagi.

Sementara beberapa pemimpin PAS mengecam pendirian terbaru ini yang dilahirkan menerusi Muhyiddin, seorang ahli jawatankuasa kerja parti Islam itu, Dr Dzulkefly Ahmad merumuskan bahawa “keputusan dibuat PAS selama ini memanglah model, tepat, paling strategik.”

“Jika saya menganalisis kenyataan Muhyiddin ini dan beberapa kenyataan pemimpin Umno sebelum ini, saya mendapati mereka sebenarnya bukan betul-betul jujur dalam mengajak kami bekerjasama dengan Umno. Tidak, tidak memang tidak.

“Sebenarnya mereka hanya mahu menggerakkan kedudukan kami, sedikit pun jadilah pada pandangan mereka, agar ia boleh merosakkan kepercayaan rakyat terhadap PAS... itu saja harapan mereka, bukan lebih daripada itu. Mereka hanya mahu menghancurkan Pakatan Rakyat,” tambah Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.

Sebagaimana dikatakan oleh Aziz, wakil rakyat penggal pertama ini menambah, Umno sebenarnya nampak terperangkap dengan pendekatan dan strategi mereka.

“Dalam usaha mereka menggunakan lebih banyak elemen prinsip Islam, sebagaimana digambarkan dalam ucapan mereka, lagi banyak sentimen perkauman mereka bawa tanpa disedari,” kata beliau yang turut merujuk kepada sebahagian ucapan perasmian Muhyiddin.

Aspek kerjasama politik Umno-PAS dan kedudukan Umno dalam meneruskan kuasa politik Melayu merupakan sebahagian intipati ucapan Muhyiddin.

Pastinya Presiden parti Datuk Seri Najib Razak akan menekankan pagi ini apabila menyampaikan ucapan dasar beliau. Perwakilan kemungkinan akan menyahutnya sama ada memperbaiki kecacatan dibawa kelmarin atau bertekad berjihad di medah pilihan raya umum dengan melupakan PAS selama-lamanya.

PAS sudah menekankan bahawa ia konsisten dengan pendirian mereka untuk bersama Pakatan Rakyat.

Gelanggang politik pilihan raya umum ke-13 akan menarik. Kelmarin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS sudah bersedia menggantikan Umno dan hak dan kuasa Melayu tetap terus terjamin dalam pemerintahan Pakatan Rakyat.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.