Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASA BUAT IKUT IMOSI, TAU TAKUT !

Kabinet setuju pinda tujuh seksyen RUU Perhimpunan Aman

November 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 Nov Kabinet telah memberi lampu hijau untuk meminda tujuh peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua kelmarin.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Kuala Kangsar hari ini, lapor Star Online.

Rang undang-undang itu yang digubal ekoran keputusan pentadbiran Najib memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis mendapat kritikan banyak pihak termasuk pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Kritikan mendakwa rang undang-undang itu mengekang kebebasan rakyat dan lebih teruk berbanding dengan persekitaran semasa.

Nazri (gambar) berkata pindaan itu akan dilakukan di peringkat jawatankuasa apabila dibahaskan di Dewan Rakyat Selasa ini.

Perubahan pendirian pentadbiran Najib itu, secara tiba-tiba dipercayai akibat tekanan pelbagai, diambil empat hari selepas ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama dan sehari selepas bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Tekanan dan kecaman berhubung rang undang-undang itu meningkat dan pengamal-pengamal perundangan dijangka mengadakan protes berkenaan minggu depan.

Selasa ini, anggota Majlis Peguam bercadang untuk mengadakan kempen Walk for Freedom 2011 membantah rang undang-undang itu dan menyerahkan memorandum syor pindaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Pihaknya mahu syor pindaan itu dibincangkan di peringkat jawatankuasa pilihan khas Parlimen, idea yang turut dibangkitkan oleh Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham).

Semalam, Suhakam mengemukakan 11 syor kepada pentadbiran Najib agar meminda peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman termasuk mengkaji semula tempoh notis wajib 30 hari atas alasan ia tidak praktikal dengan tujuan perundangan baru itu.

Selain itu kata beliau, kajian semula diperlukan berhubung peruntukan mengenai larangan terhadap mana-mana perhimpunan dalam jarak 50 meter dari had mana-mana tempat yang dilarang kerana ia tidak tidak realistik di kebanyakan bandar dan pekan.

Malah semalam, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan kebebasan rakyat di Malaysia kini lebih terhad ekoran undang-undang baru perhimpunan aman berbanding di Myanmar, negara Asean yang pernah mempamerkan rekod hak asasi manusia paling buruk.

Ambiga berkata, Myanmar telah meluluskan undang-undang baru baru-baru ini yang membenarkan protes jalanan dan syarat-syarat yang jauh lebih kecil berbanding Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah transformasi politik beliau.

“Sesuatu yang memalukan apabila Burma (Myanmar) boleh mengesyorkan undang-undang yang lebih demokratik berbanding kita,” kata beliau.

Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata, perkembangan itu satu penghinaan ke atas rakyat Malaysia kerana sebelum ini mereka dijanjikan dengan amalan demokrasi yang lebih luas.

“Tetapi sekarang adalah keadaan sebaliknya,” kata Ambiga dengan merujuk kepada janji Najib sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.