Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pentadbiran Najib kelam kabut


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia ) menganggap pindaan yang sedang dibuat terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang menunjukkan mereka sendiri dalam keadaan kelam kabut dan tidak bersedia sepenuhnya.

DPP Malaysia merasa hairan mengapa tiba-tiba PM mahu Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 dipinda sedangkan ianya sedang dibahaskan di Parlimen. Adakah PM tidak mendapat maklumat yang menyeluruh sebelum ini ataupun beliau sedang disabotaj oleh pemimpin bawahannya agar rakyat bangkit menentang beliau sebagaimana yang berlaku terhadap penangkapan ISA yang terbaru. Adakah ada usaha terancang di peringkat dalaman bagi memburukkan imej beliau di mata rakyat?

DPP Malaysia meyakini pindaan ini dibuat ekoran bantahan pelbagai pihak, daripada Pakatan Rakyat sehinggalah NGO-NGO. Meskipun beberapa pindaan dibuat terhadap RUU ini seperti notis pemakluman polis daripada 30 hari kepada 10 hari, rakyat masih tidak berpuashati kerana ianya masih terikat di bawah kuasa penuh PDRM yang boleh melulus atau membatalkan sesuatu himpunan aman. Realiti yang berlaku, jarang sekali perhimpunan aman diberikan permit polis, apatah lagi ianya dianjurkan oleh pembangkang. Justeru Akta Perhimpunan Aman 2011 menjustifikasikan kuasa polis sebagai penghalang hak rakyat untuk berhimpun.

Oleh itu, DPP Malaysia menasihatkan PM agar membaca dulu RUU Perhimpunan Aman dengan tenang serta mendengar pendapat awam sebelum ia dibahaskan di Parlimen. PM perlu melihat implikasi buruk disebalik RUU dengan mengambil kira kepentingan rakyat. Sikap terburu-buru beliau amat memalukan bagi sebuah negara dan rakyat di negara ini dan DPP Malaysia khuatir segala gerak langkah beliau menjadi gelak ketawa rakyat yang melihat ketidakbijaksaan pentadbiran beliau dalam menangani sesuatu isu.

Demi kemaslahatan rakyat di negara ini, DPP Malaysia mendesak agar kerajaan membatalkan terus RUU Akta Perhimpunan Aman dari dibacakan dan diluluskan di Parlimen. Pindaan yang dibuat bukan boleh mengurangkan ketegangan, malah menambah kemarahan rakyat seluruh peringkat. Jangan pula nantinya, kerana menjaga ‘keselamatan’ diri, PM dan kerajaan BN memusuhi seluruh rakyat jelata yang meluat dengan segala macam polisi yang menjerut hak rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.