Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wooit ? ye ke ?

Tuesday, November 29, 2011

Demokrasi di Malaysia lebih teruk dari Myanmar dan Zimbabwe.

 
KUALA LUMPUR 29 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Akta Perhimpunan Aman (PAB 2011) sekiranya diluluskan sebagai undang-undang rimba dan menjadikan ruang demokrasi di Malaysia lebih teruk dari Myanmar dan Zimbabwe.

Pakatan Rakyat  juga katanya bertegas menentang dan menolak Rang Undang Undang berkenaan yang dibahas dan akan diundi di dewan rakyat hari ini.


Beliau yang menyambut kehadiran ribuan peguam yang berarak ke parlimen hari ini menggesa kerajaan mempertimbangkan gesaan Majlis Peguam supaya RUU itu ditarik  balik.


Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menegaskan perhimpunan aman turut dianjurkan oleh tokoh kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar, sehingga membebaskan tanah air dari penjajah.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mencabar majlis peguam menubuhkan parti politik.


Menurutnya, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana majlis peguam adalah badan bebas yang bertindak demi kepentingan rakyat Malaysia, berasaskan undang-undang negara yang dijamin dalam perlembagaan.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.