Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR janji ekonomi baru jana pendapatan rakyat ‘tanpa pilih bulu’

TERKINI @ 11:39:37 AM 26-11-2011
November 26, 2011
 
JOHOR BARU, 26 NovPKR berjanji akan menyediakan masa depan lebih baik, yang bakal menjanjikan kesejahteraan berasaskan rencana ekonomi baru - mengayakan setiap rakyat “tanpa memilih bulu” jika diberi peluang menerajui Putrajaya. 
 
Rencana ekonomi baru itu merangkumi tiga strategi yang bakal digunakan oleh pihaknya termasuk pendekatan melindungi kepentingan para peneroka Felda.

Berucap menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR Kelapan di sini hari ini, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, “cara kita ialah dengan merumus dasar ekonomi yang memberi perhatian kepad usaha-usaha meningkatkan pendapatan seisi rumah rakyat dan mengurangkan bebanan kos sara hidup supaya setiap bulan lebihan pendapatan boleh guna rakyat membolehkan rakyat hidup selesa dan menabung demi masa depan.”

PRK tegas beliau, adalah parti pertama yang menyasarkan pendapatan isu rumah minimum RM4,000 sebulan bagi setiap keluarga dalam tempoh lima tahun jika berkuasa.

“Anjakan minda ini adalah senjara kita yang paling ditakuti elit kekuasaan kerana mereka tahu permainan ekonomi perkauman boleh sahaja dipatahkan dengan mudah,” katanya lagi.

Tambah beliau, kerajaan mereka bersama Pakatan Rakyat akan melaksanakan gaji minimum RM1,000.

“Sebaik sampai di hujung medan tempur kelak, amanah utama ialah pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,000 setiap pekerja seperti yang dijanjikan kepada rakyat kerana ia strategi utama mengangkat pendapatan minimum isu rumah kepada RM4,000 dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Strategi kedua ialah dengan memadankan sektor ekonomi dan penawaran guna tenaga melalui reformasi pendidikan dengan setiap keluarga akan mempunyai lebih ramai ahli yang bekerja.

“PKR akan menjadikan sasaran mengurangkan jumlah penganggur berdaftar sebagai misi utama dasar ekonominya bagi tujuan ini,” kata Dr Wan Azizah pada kongres yang kali pertama diadakan di negeri selatan Semenanjung sejak ia ditubuhkan lebih satu dekad lalu.

Menurut Dr Wan Azizah, strategi ketiga ialah mengembalikan hak kepada warga Felda yang selama ini diperah keringat mereka tetapi keuntungan tidak dibahagi sama rata.

PKR baru-baru ini melancarkan Janji Palong sebagai dokumen rasmi penawaran kepada warga Felda menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Sambil menegaskan warga Felda sebagai tulang belakang menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara, kata beliau, Janji Palong akan memastikan Felda Plantations dimansuhkan dengan tanahnya dibuka kepada mereka.

Selain itu Janji Palong katanya, akan memastikan peluang baru kepada peneroka baru, bebanan hutang peneroka dihapuskan dan keuntungan dikongsi bersama, skim perumahan selesa warga Felda diperkenalkan, warga Felda tidak ditindas dengan penipuan hasil dan kiraan kadar perahan gred yang belot dan bantuan dan insentif untuk melonjakkan dinamisme ekonomi mereka.

Dalam ucapannya bertemakan “Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia”, Dr Wan Azizah berkata, kehadiran PKR di persada politik tanah air memberi nafas dan harapan baru kepada masyarakat Malaysia yang majmuk.

“Buat pertama kalinya sebuah parti yang ditunjangi masyarakat Melayu dan Bumiputera tampil mendepani perjuangan mengiktiraf hak setiap rakyat Malaysia tidak kira latar belakang etnik dan agama,” katanya lagi.

Jelas beliau, keyakinan bahawa prinsip keadilan sosial tanpa mengenal sempadan kaum adalah tunjang perjuangan partinya.

Namun, kata beliau, soal kesaksamaan dan peluang sama rata dilemanya lebih besar dari polemik sempit perkauman yang dimainkan lawan.

“Masyarakat kita kini terpisah di antara golongan marhaen pekerja yang membanting tulang, tetapi sebahagian besar kekayaan diambil golongan kaya dan maha kaya.

“Untungnya diselewengkan, yang kaya makin kaya dan yang miskin terus membanting tulang,” kata beliau lagi.

Sebab itu, tambah beliau, PKR yakin bahawa rencana ekonomi sedia ada sudah lapuk kerana ia menipu rakyat dengan janji ekuiti 30 peratus sedang hakikatnya, ia melahirkan golongan kaya yang menindas golongan miskin semua kaum.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.