Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BOLEH CAYA KE ? NANTI JADI ISA BAGAIMANA ?

Seksyen 15 AUKU dipinda, penuntut IPT boleh sertai politik

November 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 NovSeksyen 

15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda bagi membolehkan pelajar pusat pengajian tinggi menyertai parti politik.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini. Najib (gambar) berkata pindaan akan dibuat ke atas Seksyen 15 AUKU bagi membolehkan penuntut-penuntut berusia 21 tahun ke atas bergiat aktif dalam parti-parti politik.

“Untuk menghormati hak pelajar kita yang sudah dewasa, di bawah Perlembagaan, kami akan meminda Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mereka menjadi ahli parti politik,” kata beliau ketika membentangkan usul memansuhkan tiga deklarasi berkaitan darurat di Dewan Rakyat hari ini. Pengumuman Najib itu mendapat sokongan anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun menurut Najib, kerajaan akan meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober lalu yang mengumumkan bahawa Seksyen 15 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Najib juga berkata di bawah AUKU politik akan dilarang sama sekali di kampus universiti. “Keputusan ini adalah ekoran keprihatinan kerajaan dan memahami aspirasi rakyat dan (menunjukkan) bagaimana kami mendengar suara mereka.

“Ini bukan retorik murahan. Ini adalah hasil iltizam politik dan keberanian moral,” kata beliau di Parlimen.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan membuat rayuan kerana keputusan mahkamah akan ada implikasi ke atas sistem perundangan negara ini.

Akhir bulan lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) AUKU 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghadapi tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 24 April tahun lepas.

Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza dalam saman pemula mendakwa mereka menerima notis dari UKM untuk menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar Sesksyen 15(5)(a) AUKU.

Bagaimanapun, mereka didapati tidak bersalah oleh lembaga itu. Kesemua mereka itu telah menamatkan pengajian masing-masing September lalu.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.