Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LIHATLAH MEWAHNYA MEREKA, RAKYAT MEMBANTING TULANG !

PKR: RM5j dana NFC biaya Benz, tanah di Putrajaya dan cuti

November 30, 2011
 
KUALA LUMPUR, 30 Nov PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini.

PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services.

Mendedahkan perkara itu petang ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat “memberitahu siapa yang pergi bercuti.”

Rafizi menambah RM534,622 digunakan untuk membeli Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), kedua-dua syarikat yang milik penuh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC.

“Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada bisnes di Singapura... jadi mengapa sejumlah wang itu dipindahkan ke sana?” kata beliau pada sidang media di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, tanah juga dibeli di Precinct 10 Putrajaya, yang sebahagian besar merupakan  kawasan kediaman.

“Saya pasti pelan induk Putrajaya tidak melibatkan ternakan lembu di sana,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.