Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT TAK AKAN PILIH BN SEMULA

Transformasi politik hanya boleh dicapai jika Umno menang PRU, kata Najib

TERKINI @ 01:14:37 PM 28-11-2011
November 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 NovPerancangan pembaharuan politik dan ekonomi kerajaan hanya akan berjaya jika Umno mencapai kemenangan selesa dalam pilihan raya umum ke-13, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. 
 Sambil menyifatkannya sebagai satu cabaran kecil bagi parti teras Barisan Nasional (BN) itu, Perdana Menteri berkata Umno perlu berganding dengan rakan-rakan perikatan itu untuk mencapai kejayaan dipilih semula.

“Kita perlu menyeberang jambatan pilihan raya umum,” kata beliau ketika berucap pada forum antarabangsa anjuran Umno sempena perhimpunan agung tahunan yang bermula esok.

“Sangat penting untuk kita dipilih (semual) bagi melaksanakan transformasi yang sebenar, kita perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat,” katanya lagi. 
 Langkah Najib, yang menyandang jawatan perdana menteri dan presiden Umno sejak 2009, meliberalisasikan ekonomi berhadapan dengan tentangan daripada dalam Umno, malah daripada kumpulan pembela hak orang Melayu seperti Perkasa.

Najib berkata Umno dan juga BN adalah pilihan terbaik masa depan negara dan partinya bersedia untuk melakukan perubahan untuk kekal relevan di kalangan pengundi generasi semasa.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.