Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRU 13 LUAR BIASA ? MACAM 13 MEI KE ?

13 MAY BERLAKU SELEPAS PILIHANRAYA TAHUN 69


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera UMNO bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang disifatkan sebagai ‘luar biasa’ dengan tindakan ‘luar biasa’. DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Najib sebagai bahaya kerana boleh disalahtafsir oleh pelbagai pihak, memandangkan beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai kuasa di negara ini.

DPP Malaysia hairan, bagaimana ungkapan sedemikian boleh keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia. Walaupun ia diucapkan terhadap jentera dalaman UMNO, namun ia sudah menjadi berita yang semua rakyat membaca dengan pelbagai persepsi.  Bagi sesetengah pihak, ucapan beliau boleh memberi makna akan berlaku sesuatu yang buruk terhadap rakyat dan negara. DPP Malaysia mempersoalkan, apakah PM sudah meramalkan sesuatu yang luar dari kebiasaan akan berlaku dalam PRU ke 13 kali ini? Mungkinkah akan berlaku insiden-insiden buruk dalam PRU ke 13 nanti?

Bagi DPP Malaysia, ucapan ini tidak sepatutnya keluar dari mulut Perdana Menteri. Ia seakan-akan mengejutkan serta memakutkan rakyat. Sepatutnya beliau menenangkan rakyat dengan jaminan PRU ke 13 adalah PRU yang terbaik, paling aman, serta berlangsung dalam suasana penuh demokrasi.

Untuk itu, DPP Malaysia telah sedia mempersiapkan jentera pemuda PAS diseluruh peringkat juga dengan persiapan ‘luar biasa’. Kali ini seluruh jentera pemuda PAS diingatkan supaya bersedia menghadapi apa juga serangan yang bakal dilakukan oleh UMNO-BN dalam pelbagai bentuk. Sudah 12 kali PRU dihadapi, dan sudah acapkali juga serangan bertali arus dikenakan terhadap jentera PAS khususnya pemuda PAS di seluruh negara. Malah pemuda PAS pernah dipukul seperti di Pilihanraya Kecil Ijok, Bagan Pinang dan lain-lain lagi.

Tambahan pula, PRU ke 13 nanti akan berlangsung dalam suasana sistem pilihanraya yang masih tempang dan pincang dan dalam keadaan demokrasi yang kontang dari kebenaran. Justeru, tidak hairanlah jika berlaku sekali lagi manipulasi undi, undi pos yang meningkat mendadak, pengundi hantu yang kembali turun mengundi, beli undi, rasuah pilihanraya, rakyat negara asing yang turun mengundi, fitnah melalui media, akses media yang berat sebelah dan lain-lain lagi. Semua insiden ini pernah berlaku sebelum ini dan tidak mustahil akan berlaku lagi nanti.

Insyaallah, DPP Malaysia telah mempersiapkan mental kesemua petugas dengan kesemua kemungkinan sesuatu yang ‘luar biasa’ yang akan berlaku. PRU ke 13 adalah masa terbaik untuk menukar kerajaan yang sudah tamat tempoh. Selamatkan Malaysia dari pemimpin yang korup, rasuah dan mementingkan diri sendiri.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia




Timbalan Perdana Menteri [PM] Cetek Pemikiran

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa cukup sedih dan kecewa di atas ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sama sekali tidak menunjukkan beliau selaku orang 2 negara yang mempunyai daya fikir Intelek yang tinggi dan budi bahasa yang baik. 

Semasa merasmikan serentak Persidangan Tahunan Putri, Pemuda dan Wanita UMNO, beliau meneruskan perseteruan terhadap Pakatan Rakyat dan PAS secara khususnya dengan alasan yang berbentuk fitnah dan dangkal.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan UMNO bahawa keangkuhan mereka sebagai parti yang tiada galang ganti untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa Melayu sudah lapuk ditelan zaman kerana PAS sudah bersedia untuk memimpin bangsa Melayu ke arah suasana politik yang lebih kondusif bahkan lebih lagi PAS menawarkan perjuangan bangsa Melayu menurut ajaran Islam yang syumul. 

PAS akan menggantikan UMNO untuk membela nasib bangsa Melayu yang selama ini menjadi mangsa ‘belasahan’ UMNO. Jadi UMNO sememangnya berada di dalam keadaan cukup terdesak kerana PAS dan Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat untuk memerintah negara ini.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa cabaran Timbalan Perdana Menteri kepada para Putri, Pemuda dan Wanita UMNO untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang akan berjihad untuk mempertahankan bangsa Melayu di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang adalah sebuah lelucon yang amat menggelikan hati. 

UMNO sebagai sebuah parti sekular yang memisahkan agama di dalam agenda perjuangan politik mereka sanggup menggunakan istilah-istilah Islamik supaya nampak agenda Islam mereka tetapi sebaliknya bersifat munafik semata-mata. Sepatutnya jihad yang utama adalah menegakkan hukum Syariat Allah Taala di atas muka bumi ini dan bukannya berjihad di atas nama bangsa.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia turut mengingatkan kepada seluruh jentera pemuda di semua peringkat supaya meningkatkan kewaspadaan dan kebersediaan untuk menghadapi pilihanraya yang mendatang. Kenyataan Datuk Seri Najib bahawa pilihanraya ke 13 akan datang ini akan menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’ menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional akan melakukan strategi yang ‘kotor dan hina’ untuk memastikan kemenangan berada di pihak mereka.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat UMNO kini semakin gawat dan tidak keruan, tidak mustahil sepanjang perhimpunan Agung UMNO ini akan menjadi perhimpunan yang akan dipenuhi dengan segala macam kenyataan-kenyataan yang bersifat hasutan, ancaman, tuduhan, prejudis, rasis dan sebagainya. Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan menolak secara total parti UMNO dan Barisan Nasional kerana pembawaan politik sempit mereka sudah tidak diterima lagi oleh rakyat. 

Selain itu Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan jentera pemuda di semua peringkat untuk membuat laporan polis di atas kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan UMNO yang bersifat menghasut dan menimbulkan kebencian orang Melayu untuk terhadap orang-orang bukan Melayu dan orang-orang yang bukan beragama Islam.

MOHD SANY BIN HAMZAN
PENGARAH PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


Para Artis Diseru Berhijrah

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengajak para artis dan selebriti tempatan agar segera ‘berhijrah’ dengan menjadi insan mukmin yang soleh dan bertaqwa kepada Allah SWT. Hijrah ini penting sebagai usaha mengajak dan mendidik masyarakat untuk menjadi generasi yang berakhlak mulia di negara ini.

Bagi DPPWP, para artis serta selebriti adalah golongan yang menjadi idola dan ikon masyarakat. Mereka digilai oleh ribuan anak-anak muda yang ingin melihat aksi mereka dalam dunia hiburan. Setiap pergerakan mereka pasti dalam pengetahuan peminat fanatik mereka. Para artis atau selebriti adalah umpama magnet yang boleh menarik anak-anak muda di negara ini ke mana sahaja.

Apa yang mendukacitakan, ada kalangan artis atau selebriti tempatan tidak menunjukkan contoh yang baik terhadap masyarakat. Meskipun jumlah mereka tidak ramai, namun gejala negatif yang dilakukan oleh mereka turut menjadi ikutan para peminat. Antaranya seperti penyalahgunaan dadah, bersekedudukan, jenayah, budaya hidup sosial yang melampau serta berpakaian yang menjolok mata.    

Justeru, penghijrahan mereka akan menarik sama anak-anak muda untuk turut jejak langkah mereka. DPPWP tidak pula bermaksud meminta para artis meninggalkan dunia hiburan yang mereka ceburi kerana mungkin ia telah menjadi sumber pendapatan mereka, namun apa yang penting adalah mereka menjadi insan teladan yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.

Dalam hal ini DPPWP memuji beberapa orang artis yang telah berhijrah seperti Catriona Ross, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Iwan, Wardina, Irma Hasmie serta beberapa orang artis wanita yang telah mengubah penampilan dengan memakai pakaian menutup aurat dan menjaga solat. Meskipun mereka masih berlakon dan aktif dalam dunia seni, mereka tidak mengabaikan syariat Islam. Bahkan, imej baik ini akan menjadi contoh teladan yang baik para artis Malaysia di pentas antarabangsa.

DPPWP juga mengharapkan agar para artis dan selebriti tidak merasa gentar terhadap usaha penghijrahan. Insyaallah, perubahan pada penampilan tidak akan merencatkan rezeki mereka, malah rezeki akan lebih mencurah-curah. Daripada pentas lakonan sehingga ke masjid-masjid, para artis yang telah berhijrah ini akan dijemput untuk memberi perkongsian serta persembahan.

FADHIL OSMAN
Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.