Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


20 Februari, 2013

Rafizi Bongkar Lagi..

KUALA LUMPUR 20 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini dibenar menyemak dua dokumen antara Boustead Holdings Berhad dengan Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki Deepak Jaikishan dan Awan Megah, firma milik Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Abdullah. Menurut Rafizi, dua dokumen perjanjian dengan setiap satu 21 muka surat dan 13 muka surat itu hanya boleh dilihat dan Rafizi tidak dibenarkan mengambil sebarang salinan.

“Saya gunakan wang saya sendiri. Ini kali pertama saya beli saham,” katanya ketika ditemui di hadapan Menara Boustead, Jalan Raja Chulan.

“Saya akan adakan sidang media di ibu pejabat KEADILAN 2.30 petang ini untuk membuat rumusan dan memaklumkan kandungan perjanjian,” jelasnya.

Beliau pagi ini tiba ke Wisma Boustead diiringi pesara tentera yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), namun hanya Rafizi dibenarkan naik ke tingkat 28 untuk meneliti dokumen.

Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

31 Disember lalu, anggota Pahlawan berhimpun di depan Menara Boustead membantah perjanjian jual beli tanah Boustead membeli pegangan 80 peratus saham Astacanggih pada harga RM30 juta dan RM130 juta tanah dari Awan Megah. ~keadilandaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.