Khamis, 21 Februari 2013
Fatwa dari Mursyidul Am UMNO- Dr Mahathir Mohamad
Ketika saya
berada di Rembau N9, sebelum ke tempat ceramah kami singgah disebuah restoren. Waktu
itu, berita TV3, lidah propaganda UMNO baru hendak bermula. Berita yang
mengawali penceritaan ialah kenyataan2 dari mursyidul am UMNO- Dr Mahathir
Mohamad. Dia kata- “saya tidak fikir Pakatan Rakyat boleh memerintah- kerana
mereka tidak ada –pengalaman”.
Dan kepada
solan dari seorang pembaca yang bertanya adakah Rembau selamat untuk KJ- saya
mendahului memohon maaf untuk menyatakan masa depan KJ di Rembau gelap dan
muram. Tangan2 ajaib dan halimunan dalam UMNO sendiri yang akan membunuh KJ
terlebih dahulu.
Berbalik kepada
kenyataan Dr Mahathir. Pengalaman apa yang dimaksudkan oleh Mahathir? Ini kenyataan
tipikal pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak. Seolah olah nya hanya UMNO
sahaja yang layak memerintah. UMNO sahaja yang mempunyai kelayakan membawa kemajuan
dan pembangunan. Pembohongan dan penipuan Mahathir mudah dipatahkan- lapuran
odit negara menyebut perihal rekod baik pimpinan kerajaan yang dikuasai oleh
PR. Adakah Dr Mahathir mencadangkan bahawa ketua odit negara berbohong?
Saya sudah
menyatakan banyak kali- jika Najib Tun Razak boleh jadi PM, semua orang lain
pun boleh. Mentadbir negara Malaysia bukan suatu roket sains. Jika mereka yang
bodoh dalam UMNO dan BN boleh memerintah Malaysia, mustahil yang cerdik, pandai
dan bijak dalam Pakatan tidak mampu? Bukankah Dr Mahathiir sendiri yang
menyatakan bahawa yang tinggal dalam UMNO hanyalah pemimmpin2 half past six ?
yang bijak sudah masuk PAS, yang pandai masuk PKR dan yang cerdik sudah masuk DAP? Maka yang demikian,
jika dullards dan yang bodoh dapat memerintah Malaysia selama 55 tahun dan
menjahanamkan negara, mengapa yang lebih pandai tidak boleh?
Dan mursyidul
am UMNO ini bercakap seolah olah kepada pembaca dan pendengar adalah orang2 yang bodoh. Yang di luar
sana,untuk pengetahuan Dr Mahathir semuanya adalah reasonable man yang menaiki
kereta proton saga atau menaiki bas intrakota yang membaca apa yang tersirat
daripada yang tersurat.
Negeri2
yang di perintah oleh PR semua menunjukkan prestasi yang lebih baik dari semua
segi berbanding dengan rekod pengurusan kerajaan BN. Jadi pengalaman apa yang
Dr Mahathir cakapkan?
4 negeri
yang dikuasai oleh PR meneruskan dominasi mereka sebagai destinasi pertama
pelaburan asing. Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang menguasai 55% dari
pelaburan asing. Bajet dalam negeri2 ini sama ada seimbang atau berada dalam
lebihan tanpa memanipulasi angka. Jika negeri2 ini memanipulasi angka, sudah
tentu media yang di miliki dan dikuasai oleh UMNO akan berpesta mendedahkan
permainan angka.
Jadi pengalaman
apa yang Dr Mahathir maksudkan? Memang benar, kita PR tidak ada pengalaman. Yakni
pengalaman merompak dan melanun negara.
Kenapa Dr
Mahathir yang sudah sampai umur 88 tahun itu seolah2 menjadi jurucakap dan
jurubicara UMNO? Kerana Dr Mahathir mempunyai kepentingan peribadi untuk
menentukan UMNO menang. Dr Mahathir adalah orang yang paling ketakutan bila PR
mengambil alih kerajaan. Dia bimbang akan keselamatan diri nya sendiri dan yang
paling dia bimbangi ialah masa depan anak2 nya yang berniaga.
Kita hendak
beritahu Dr Mahathir- kita tidak jel orang yang berumur 88 tahun. Kita akan
hanya meminta pemulangan harta dan wang yang telah dicuri dari rakyat.
Bagaimana rakyat
Malaysia yang akan keluar mengundi dalam PRU13 nanti melayani Mahathir? Saya sudah pun menyatakan- bila Pak Lah
memenangi PRU dahulu dengan majoriti yang terbesar dalam sejarah- rakyat
sebenar nya meraikan pengeluaran Mahathir. Kemudian negara kita dipimpin oleh
seorang yang mencari al ghazali dan mencari kedamaian. Untuk seketika rakyat Malaysia
terpukau dengan pengucapan batin Pak lah sehinggalah mereka sedar, bahawa itu
semua untuk pendengaran umum. Pak lah ternyata menjadi PM yang paling lembab
untuk negara ini.
Dalam PRU13,
rakyat berpeluang sekali lagi menjatuhkan hukuman kepada Mahathir. Mari kita
sama2 menghukum orang yang melingkup dan menjahanamkan maruah bangsa Melayu. Dr
Mahathir bertanggung jawab menyebabkan orang melayu mengemis dalam negara
mereka sendiri.
Kecuali orang
Melayu mendapat keseronokan jika dizalimi, maka satu undi yang di beri kepada
UMNO dan BN, bererti kita merelakan dan menyukai dizalimi dan disakiti. Satu undi
untuk UMNO bererti kita akan ada 100 lagi skendel NFC. Satu undi untuk UMNO ,
kita akan ada lagi 100 Puspahanas, 100 pembelian kapal selam, 100 pembelian
pesawat kapalterbang.
Ariff Sabri
0 orang berkata:
Post a Comment