Thursday, February 21, 2013
Baca Dan Cuba Renung Sikit.....
Ini saya rembat dari blog blogger Isa
Benarkah.., Lahad Datu Drama Ramayana umno/BN...???
Puak-puak ni datang bawa senjata?
Mana barisan keselamatan negara?
Benarkah.., Lahad Datu Drama Ramayana umno/BN...???
Assalamualaikum Bro Isa,
Bro, kalau bro nak publish cerita ni..belasah je. hehehehehe
Aku
tak tau nak buat apa bila terbaca post ni dalam FB isteri aku
(berkaitan sms/repot mengatakan bakal berlakunya perang di Lahad Datu
pada 18 Feb 2013 yang tersebar di FB). Panic... Bingung semacam tak
percaya. Baca 2-3 kali... eh, takan perkara macam ni PDRM buat
main-main? Arus perdana milik UMNO dan BN ada buat release ke benda ni
officially? Bahaya ni..!!
Aku
pun cuba la explore mana-mana blog PR yang ada cerita ni.. ada... tapi
tak banyak yang jadikan top story. Yang paling top, cerita pasal Najib
kena hack. Hahahahaha... so.. pada pandangan aku ramai blogger PR yang
tak dapat maklumat lagi pasal benda ni.. tapi, sebab aku tinggal
dekat-dekat dengan kawasan yang bakal jadi medan peperangan ni (kalau
betul la).. aku nak kongsi la.. betapa berita ni menjadikan penduduk di
kawasan-kawasan berhampiran hidup dalam keadaan bingung dan takut..
Okay la, aku mulakan kekeliruan ni dengan begini….
Tuntutan ke atas Sabah?
Aku
tak tau sejauh mana kisah ni benar. Okay la, katakan benar, katakan
tuntutan mereka ni benar, kenapa PM, kenapa KM dan kenapa Hishamudin
KDN… tak pergi runding dengan kerajaan Filipina, duduk semeja dengan
Presiden Filipina.. bincang elok-elok, siarkan dalam arus perdana, bagi
tau rakyat? Lagi satu, benarkah masih ada lagi Kesultanan Sulu? Kalau
pun ada, kenapa Sultan tu tak datang Sabah dengan cara terhormat? Kenapa
suruh kuncu-kuncunya datang?
Dorang
datang nak ambik Sabah? Ish..., biar betul? Ambil macam tu je ke? Orang
Sabah nak duduk diam ke? Aku tengok orang-orang yang dah lama sini pun
tak ambik kisah je. Kenapa? Hahahahaha…ada orang main wayang ni. Aku tak
tau. Aku blast je. Lagi satu, kenapa tuntutan ni dorang buat
dekat-dekat PRU13? Macam ada yang tak betul je?
Tuntutan
lain yang aku dengar lagi, dorang tak nak balik, konon Sabah ni hak
nenek moyang dorang, dorang nak taraf kerakyatan atau warganegara
Malaysia. Hahahahaha….nak tambah pengundi HANTU?? Aku tak tau..sebab
cerita ni aku dengar sendiri dari orang-orang tua di sekitar situ.
Mendarat di FELDA?
Ada
cerita, dorang mendarat di Sungai Merah, ada cerita lagi di Kampung
Tandou. Mana tempat ni? Semuanya berdekatan dengan Felda Sahabat. Aik?
Kenapa nak mendarat dekat-dekat Felda? Tak de tempat lain ke? Kenapa tak
turun di Sandakan, Kudat, Tawau, Kunak dan Semporna atau terus ke Kota
Kinabalu? Kenapa pilih Felda? Tak kan semua rokok smuggle yang ada di
Sabah ni masuk dari Felda? Wow!! Sejak bila Felda jadi pintu masuk ek?
Hahahahahaha…..funny!
Atau kes Felda di Sabah ni belum settle? Kes ape tu? Aku tak nak cakap sebab aku tak dapat proof yang banyak, tapi bole rujuk sini
Puak-puak ni datang bawa senjata?
Dorang
datang bawa senjata? Ada “baby armalite”? fuiyoo!! Datang Felda ada
senapang? Tapi Felda Sahabat ada resort kan? Dorang nak holiday kot?
Stay resort…santai..and have fun. Atau pun, mungkin ka jugak
senjata-senjata ni dah lama ada di Sabah ni? Ini bukan lagi datang nak
holiday, ni dah kira nak berperang. Habis la……. Seperkara lagi, puak ni,
suku kaum ni, dah lama ada di Sabah. So, kalau betul la diorang nak
perang, tak kan suku dorang yang lain yang dah lama duduk di Sabah ni
bediam diri??
Mana barisan keselamatan negara?
Yang
ni aku tak faham langsung. Dorang datang Sabah ni senang-senang je.
Masuk macam tu je. Siap bawa senjata lagi. Ish…mana pegi pasukan
keselamatan negara yang menjaga perairan? TLDM, Maritime, PGA, Polis dan
macam-macam lagi la… Mana kapal selam kita yang MAHAL tu?
Hahahahahaha..
pasukan kita ni bersantai ke di Pulau? Eh.., aku salute dengan dorang
ni. Sebab dorang la negara selamat. Tu pun kalau dorang buat kerja la..
kalau tak memang dah lama hancur. Tapi dalam kes ni, langsung tak masuk
akal. Okay, kata la dorang dah lama ada di Sabah, mana ejen perisikan
kita? Dorang tak tau ke, atau buat-buat tak tau….
Lagi
aku tak faham, kenapa dengan puak-puak yang boleh di anggap militant
ni, kita masih boleh nego lagi? Kenapa tak serang terus? Dah tau diorang
ada senjata and bila-bila boleh perang, nak nego lagi? Kita Duduk
Bantah pun kena sembur dengan air, kena gas pemedih mata, kena balun,
tumbuk, sepak, terajang... fuh!! Fully package!! baru duduk belum perang
lagi. Banduan terang-terang lari… kejar.. tembak mati..!! yang ni..??
Takan nak bagi makan lagi..?? Simple aku cakap, orang datang rumah ko,
dan jelas ko tak kenal, then bawa senjata, takan nak jemput naik lagi,
hidang kuih. Tak faham aku.
Sekolah ditutup?
Dan
yang ni pun aku tak faham, statement orang-orang besar kata, semuanya
okay... tak akan berlaku pertumpahan darah.. tapi kenapa sekolah kena
tutup..?? Beberapa sekolah berdekatan dengan kawasan Felda ditutup atas
sebab-sebab keselamatan..maaf aku tak dapat circular dari
kawan-kawan kat sana. Tapi yang pasti, member aku kat Tawau dah balik
Felda Sahabat, ambik anak bini dia. Kenapa mesti tutup sekolah? Darurat
sangat ke? Dah mula bertembak ke? Nego dah tak boleh ke? Aku rasa macam
dah nak perang. Tempat aku yang jauh dari kawasan puak-puak ni datang
pun dah macam darurat.
Kesimpulannya
senang. Tak payah fikir banyak. Sama ada benda ni siyes berlaku atau
cuma Drama Swasta. Walau apa pun kejadiannya, bagi aku la.. KALAU benda
ni betul berlaku, baik keraaajaan UMNO-BN settlekan cepat.
PRU13 dah dekat.... Jangan nak lengah-lengahkan masa dan jadikan kes yang berlaku ni sebagai alasan untuk menangguhkan PRU13.
Posted by
mountdweller
0 orang berkata:
Post a Comment