Friday, February 1
Afdlin Shauki bikin GEMPAQ pulak dah... [Saksikan]
Jangan terkejut, Afdlin Shauki ni pro punya. Walaupun dia masih ahli
Umno tapi demi sebuah majlis yang meraikan persaudaraan sesama Islam neh
terutama dengan Palestin, bab politik boleh tolak tepi punya... Syabas Afdlin...
Anwar sambut kunjungan delegasi pemimpin Hamas
KUALA LUMPUR: Kunjungan delegasi Hamas ke ibu pejabat KEADILAN pagi tadi disambut meriah pimpinan KEADILAN.
Hubungan persaudaraan yang erat jelas terpancar apabila ketua delegasi iaitu Ahli Biro Politik Hamas, Dr Waled Alamoudi memeluk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena kunjungan tersebut.
Waled turut menyarungkan mafla bercorak bendera Palestin kepada pimpinan KEADILAN. Sebuah kek berbentuk masjid turut dipotong dan dijamu kepada wartawan yang hadir.
Aqsa Syarif yang diwakili Pengerusi, Dr Hafizi Mohd Nor dan duta yang juga pengarah dan pelakon popular, Afdlin Shauki turut bersama dalam pertemuan itu.
Dalam sidang media itu, NGO yang aktif memperjuang hak rakyat Palestin itu turut menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah AS$700,000 (RM2.175 juta) bagi membina semula Masjid Nour Al Hamidi di Gaza yang musnah dibom tentera Israel.
Selain Waled, wakil Hamas yang hadir ialah bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Gaza, Ahmad Al-Kurd, Dr Nazim Syeikh Ahmad Yassin (saudara kepada pengasas Hamas, Syeikh Ahmad Yassin) dan Abd Nabi Al-Rantissi (saudara kepada pengasas bersama Hamas, Abdel Aziz al-Rantissi).
Antara pimpinan KEADILAN yang hadir pula adalah Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ketua Biro Antarabangsa, Yusmadi Yusof. ~ KD
0 orang berkata:
Post a Comment