Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, February 2, 2013

Ko Ikut Jerlah Bontot Ali Rustam Ke Melaka.....

Hadi: Nasib Nasha bergantung kepada Nik Aziz, dipecat jika degil
February 02, 2013
KUALA LUMPUR, 2 Feb — Senarai akhir calon pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi ditentukan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menambah Nasharuddin Mat Isa akan dipecat serta-merta jika degil tetap mahu bertanding juga atas tiket parti lain.

Dalam laporan akhbar New Straits Times (NST) hari ini, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menentukan senarai calon parti memandangkan ianya tertakluk kepada pesuruhjaya PAS negeri untuk membuat keputusan. 

“Saya sendiri pun tidak tahu keadaan sendiri, bertanding atau tidak. 

“Sama ada Nasharuddin akan kekal sebagai calon atau tidak hanya akan ditentukan oleh Allah,”kata Abdul Hadi.

Menurut Abdul Hadi, hanya dengan langkah tersebut sahaja mampu mengubah keputusan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS sebelum ini yang menyatakan Nasha tidak akan diletak sebagai calon pada pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Sebab itulah saya menasihati kepada beliau untuk berdoa kepada Allah untuk melembutkan hati Nik Aziz bagi menamakannya sebagai calon,” tambah Abdul Hadi lagi. 

“Kuasa untuk menyenaraikan calon di Kelantan adalah ditangan Nik Aziz.” 

28 Januari lalu, media melaporkan Nik Abdul Aziz secara terbuka mengatakan Ahli Parlimen Bachok Nasharuddin (gambar) tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tanpa menjelaskan punca bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi. 

“Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan,” kata Nik Abdul Aziz. 

Abdul Hadi juga memberikan amaran kepada Nasharuddin supaya tidak berdegil sekiranya keputusan tersebut diputuskan dan tindakan memecatnya akan diambil jika beliau bertanding atas tiket parti lain pada PRU 13 tahun ini. 

“BN (Barisan Nasional) Melaka sudah menunjukkan minat hebat keatas Nasharuddin. 

“Mungkin beliau akan diletak sebagai calon oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Oleh sebab itu semua mencabar PAS untuk memecatnya,” kata Abdul Hadi lagi.

Nasharuddin baru-baru dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.